Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami
> > kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung
> > nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi
> > penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
> >
> > "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya
> > berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke
> > kepala.
> >
>...
Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami
> > kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung
> > nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi
> > penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
> >
> > "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya
> > berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke
> > kepala.
> >
> > Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji,
> > overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar
> > sambil memikul cangkul dan botol airnya.
> >
> > "Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.
> >
> > Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya
> > termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya.
> > Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin
> > mendesak.
> >
> > Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang
> > Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita
> > tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal
> > simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau
> > bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
> >
> > Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur
> > dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu
> > terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
> >
> > Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah
> > badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau
> > dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking
> > datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh,
> > kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...
> >
> > Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda
> > saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan
> > mengacau fikiran.
> >
> > Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan
> > dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
> >
> > Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala
> > kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan
> > jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
> > telinga.
> >
> > Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan
> > engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya
> > kena tangkap, bukannya boleh mati...
> >
> > Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu
> > cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat
> > semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
> >
> > Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan
> > terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali
> > sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai
> > persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian
> > sekali gus, taklah timbul masalah.
> >
> > Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
> > lailahaillallah, lailahaillallah...
> >
> > Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau
> > tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya
> > betul-betul gemuruh.
> >
> > Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan
> > segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang
> > di depan mata.
> >
> > Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran
> > dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu.
> > Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada
> > malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
> >
> > Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa
> > saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang
> > gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya
> > ingin juga merasainya.
> >
> > Lailahaillallah
> >
> > Lailahaillallah
> >
> > Lailahaillallah
> >
> > Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam
> > dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
> >
> > GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
> >
> > Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi
> > sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
> >
> > "Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi
> > itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti
> > hendak mengalir.
> >
> > GGGRRRRUUUMMM...
> >
> > Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya
> > menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada
> > tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
> > bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.
> >
> > Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke
> > tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
> >
> > ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
> >
> > Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia
> > sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di
> > kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
> >
> > AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
> >
> > Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak
> > dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada
> > terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu
> > ditembusi.
> >
> > Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
> > PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
> >
> > PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
> >
> > Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu
> > disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran
> > pula tulang-temulang patah!
> >
> > Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah
> > yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh
> > orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya.
> > Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu.
> > Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila
> > mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah
> > berderap-derap.
> >
> > Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan
> > angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.
> >
> > Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam
> > seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam
> > yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
> > membara, merah menyala.
> >
> > Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis,
> > namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh,
> > panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya
> > masak.
> >
> > "ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga
> > itu memukul kaki saya.
> >
> > Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai
> > hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu
> > membakar daging paha saya.
> >
> > "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam
> > besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya
> > ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
> >
> > Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit
> > menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda
> > gempa.
> >
> > Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan
> > sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap
> > lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi
> > panas.
> >
> > Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu
> > yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam
> > hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang
> > lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
> >
> > "Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.
> >
> > Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan
> > terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
> >
> > "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan
> > digoncang-goncang.
> >
> > Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak
> > Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
> >
> > Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar
> > beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta
> > mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari,
> > akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
> >
> > "Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.
> > Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang
> > digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
> >
> > Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang
> > telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
> >
> > Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan
> > penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang
> > tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa
> > berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
> >
> > Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka
> > berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada
> > yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,
> > mimpi dan igauan semata-mata.
> >
> > Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah
> > saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu
> > adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi
> > semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
> >
> > Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
> >
> > Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang
> > benar-benar mendalam di hati saya.
> > Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA
> > itu benar....dan..azab kubur ...itu juga benarrrr.....
> > Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampubi dosa-dosa kita....
> > AMIN YA RABBAL A'LAM semoga hari ini lebih baik dari semalam..