Islam adalah satu way of life iaitu satu cara hidup yang diredhoi oleh Maha Pencipta yang menciptakan manusia dan bumi. Maka faktor zaman sedikit pun tidak akan merubah ketetapanNya. Tapi bagaimana Islam dapat disesuaikan pada masa kini dimana yang berkuasa di muka bumi ialah bukan golongan umat Islam? Maka inilah yang terjadi sekarang dimana umat Islam melaksanakan perintah Allah tidak mengikut sistem pengaturcaraan (flow). Berbuat yang ritual tetapi tidak yang actual. Mengambil sebahagian dan ...
Islam adalah satu way of life iaitu satu cara hidup yang diredhoi oleh Maha Pencipta yang menciptakan manusia dan bumi. Maka faktor zaman sedikit pun tidak akan merubah ketetapanNya. Tapi bagaimana Islam dapat disesuaikan pada masa kini dimana yang berkuasa di muka bumi ialah bukan golongan umat Islam? Maka inilah yang terjadi sekarang dimana umat Islam melaksanakan perintah Allah tidak mengikut sistem pengaturcaraan (flow). Berbuat yang ritual tetapi tidak yang actual. Mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Yang mudah tanpa pengorbanan harta dan diri yang itu kita praktikkan dan dilaung-laungkan maka apa keputusannya? Umat Islam semakin lemah dan mula mencari kesalahan dan kesilapan orang lain agar dirinya tidak dipertanggungjawabkan. Oleh itu apakah langkah yang pertama perlu kita ambil sebagai umat Islam yang bertanggungjawab kepada agamaNya? Mari kita lihat dan perhatikan pendapat warga MM agar dapat kita putuskan sebagai langkah pertama yang wajib kita ambil dan praktikkan.
Saya nampak masalah utama.. jika suasana sekeliling tak membantu tu yang susah nak berubah. Kita bagi ubat dirumah, keluar rumah makan racun.. macamanana nak baik. Kita rasa insaf bila dididik dirumah/surau.. pi tempat kerja tengok beraneka mak nenek,.. pi makan pulak tak tau halal haram,.. bila buat majlis dak tak kira dah, pi bersenam semua sendat sendat.. nak bersosial macam macam bahasa yang ada. nak berurusan perlu kabel pulak.. dan berbagai bagai lagi.. tu yang dok pening tu.. minta minta kita kuat iman dalam suasana ini.. masalahnya iman pulak tak kuat.. masalah tak habis.