Iskandar Dzulkarnain
Iskandar Dzulkarnain
19 years
1472 views

Mat Rempit yang akhirnya ke Parit

Gejala sosial telah lama berlaku di negara ini dari musim bohsia hinggalah mat rempit yang rata-ratanya kaum melayu. Mereka ini tidak mendapat pendidikan bagi membentuk akhlak yang baik disebabkan ibubapa mahupun pihak bertanggungjawab hanya memikirkan kepentingan diri tanpa mengambil satu pendekatan secara muafakat dalam membenteras gejala sosial yang semakin parah. Maka diharapkan kita sekelian dapat memeberi pandangan yang bernas agar kita dapat bersama-sama mengatasi masalah ini.
10 comments
Share this post

Comments (10)
siti norlela alwi
Nak salahkan siapa? Satu soalan yang sering terlintas di fikiran kita sebagai manusia bila berhadapan dengan masalah/situasi yang tidak menyenangkan. Itulah kelemahan kita.
Apa kita berdepan dengan masalah semasa dengan fikiran yang lebih positif. Kalau nak bergantung kepada kerajaan sahaja untuk menyelesaikan masalah rasanya tidak termampu kerana bilangan yang telah terlibat dan yang akan terlibat kita sendiri tidak pasti berapa dan siapa.
Allah telah memberi kita akal fikiran serta Al Quran dan hadis sebagai sumber rujukan. Generasi yang ada inilah seharusnya memainkan peranan. Mulakan dari rumah sendiri. Ahli keluarga sendiri seperti adik kita ,sepupu kita dan sebagainya harus kita perhatikan,beri didikan agama serta nilai-nilai moral yang murni. Mungkin hasilnya kita tidak akan lihat secara serta-merta. Tapi didikan yang diterima insya'allah adalah satu ilmu yang boleh diturunkan kepada generasi seterusnya.
19 years
salopet
zana,
ade filem lagik.....hewokkkk gitu. dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
Putra
Buang sekolah.. bestnya depa..tu yang nak tu. Masalh utama adalah kerosakan yang berlaku dalam sistem kehidupan kita.. tengok la sistem mana yang tak rosak.. sistem pendidikan teruk, sistem ekonomi hancur, sistem hiburan parah, sistem agama.. ni yang teruk sekali dll. Bukan maksud saya nak kutuk habis habis orang yang buat sistem sistem ni.. tapi kalau perkara yang teruk/hancur/lingkup/jahanam diadakan secara jelas macamana nak kata sistem ni masih ok. Cuba tengok sistem pelajaran.. kalau ikut sekolah kerjaan berapa orang boleh baca quran, sembahyang, sistem hiburan berapa jam siaran agama, ustaz pulak lagu mana, sistem ekonomi, jabatan mana tak dak rasuah, sistem agama.. ustaz ulas surah TAHA ayat 124,ayat Maidah 44,45,47 kena gam terus. dll. Tak tau lak pulak pandangan kawan kawan
19 years
Zana.
Lagi terpapar di Tv lagi menjadi..
mcm kempen lak.... :(
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
19 years
salopet
biase la tuh yleadh...
yg bermasalah senang kalau dibuang tak lah menjadi tanggungjawab kepihak yg patutnyer bertanggungjawab. lepassssss...habissssss

yg jahat semakin jahat diluar...yg merempit semakin merempit diluar...kemudian sekiranye ade ape2 kejadian,...terdengarlah sore2 sperti ni berkate,
"ibubapa kenalah peka terhadap anak2, dan mestilah tau kemane anak2 pergi dan buat".

hehehe....budak2 dah besow depan mak bapak ok, mak bapak pusing jer..dah ubah rupeee...peh tuh dah tak sekolah pulak dah kena buang..so howwww? dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
nurfatihah
sebenarnya semua peringkat boleh mainkan peranan.yang ibu bapa mendidik, yang guru membimbing, yang kawan mengingatkan, yang masyarakat menegur. tapi....kes2 berkaitan mat rempit yang berperangai samseng yang buat kita berfikir dua kali utk menegur.brp banyak kes yang kita blh dgr psl geng2 mat rempit belasah org awam. saya rasa pihak penguatkuasa perlu lebih aktif selain gubalan undang2 yang lebih ketat untuk perlanggaran aturan selain memprogramkan semula "pemikiran" mereka. peranan media utk hebohkan tindakan ketat keatas mrk pun perlu ada.tapi masalahnya...mat rempit ni ikut baca suratkhabar ke?
19 years
yleadh
hermmm cadangan kementerian pelajaran.. akan buang pelajar yang terbabit dalam lumba haram ni..

so.. dah dibuang sekolah.. nak jadi apa? agak agak kat luar tu sapa yang akan menjadikan mereka mereka insan yang baik..? "Udep Sare Mati Syahid"
19 years
juz
Salam..
just nak kongsi luahan. Betullah tukan.. pas satu, satu lak yang timbul..Ishh cabaran ngan dugaan lah tu..Kalau dorang rempit, tak nyusahkan orang lain, tak ganggu bangsa, agama dan negara..takper lah gak kan..walaupun dorang tu tak amanah ngan Allah..Itu dorang punya pasal ( opss..dalam bahasa kasarnya lah erk..)
Masalahnyer skrg ader persatuan rempit lagi, saper yang ikhtiraf pun tak taulah..camner bleh diluluskan sampai tumbuh cam cendawan pun ntahlahkan..ermph siap ngan aktiviti yang memberansang lak tu..ishh ishh ( sambil beristighfar.. )
Biler masalah dah bernanah camnie baghu leq ramai pihak yang nak mempersoal cam2 soalan..ishhh Tapi tuler,ghamai lak yang muler tunding jari salahkan yang lain..akhirnya hah guru-guru kat sekolah cam kami nie lah yang dipersalahkan dan dibebankan..tapi per2 pun kami ikhlas..so bantulah sama-sama erk, membanteras masalah nie..
jangan kiter jadi cam bangau..
19 years
Putra
Masalah sosial ni tak pernah habis.. pasal bohsia, rempit, dadah,rogol, buang nak, sentiasa ada, cuma media sensasikan mengikut musim. Ini satu cara nak kelirukan masyarakat. Bila kes rogol diheboh, bukan bermakna tak dak orang buang anak. Ini perkara yang kita kena sensitif dan ada rasa tanggungjawab.. kerana WAJIB kepada kita umat Islam membanteras mungkar setakat termampu.
Masalah sosial ni pulak bukan hanya pada remaja.. orang tua pun sama, cuma jenisnya berbeza. kalau remaja jadi bohsia, orang tua jadi bohtua, rasuah, dadah, kelab dangdut, judi dll.. bukan setakat orang tua.. dah nak mati pun ramai yang terlibat.

Jadi saya berpendapat cara terbaik membenteras masalah ini adalah dengan mengubah sistem yang ada dalam masyarakat hari ini.
19 years
Fadzilah Husin
Sabda Nabi S.a.w,
"Bayi yangl lahir kedunia ini ibarat kain putih,terpulang kepada kamu untuk mencorakkannya samada nasrani (serani),yahudi atau majusi",

Jadi,
dari bayi tentu diberi makan oleh ibubapa...dari sumber mana makanan itu dapat..?jika dari sumber yang halal,apakah benar...?

sekarang anak luar nikah yang tak diketahui nasab dan keturunan ramai..memang benar anak itu tidak berdosa tetapi yang bertanggungjawab mengasuh anak itu siapa?...ibubapa yg bertanggungjawab tadi?jika ya...bagaimana cara asuhannya?kalau ibubapa semuda usia 16 dan 17? atau kurang dari itu?

Jika diperingkat akar umbi...siapa pula yang bertanggungjawab?

p..s, Alhamdullilah makanan subuhku,YaAllah makanan Zohorku,SubhanALLAH makanan asarku,LaIllah makanan maghribku,Allahuakbar makanan Isyakku, selawat dan salam makanan dinihariku...Aminn.terima kasih ibu dan arwah ayah kerana mengajar mengisi santapan rohaniku.
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.