Mat Rempit yang akhirnya ke Parit
Gejala sosial telah lama berlaku di negara ini dari musim bohsia hinggalah mat rempit yang rata-ratanya kaum melayu. Mereka ini tidak mendapat pendidikan bagi membentuk akhlak yang baik disebabkan ibubapa mahupun pihak bertanggungjawab hanya memikirkan kepentingan diri tanpa mengambil satu pendekatan secara muafakat dalam membenteras gejala sosial yang semakin parah. Maka diharapkan kita sekelian dapat memeberi pandangan yang bernas agar kita dapat bersama-sama mengatasi masalah ini.
10 comments
Apa kita berdepan dengan masalah semasa dengan fikiran yang lebih positif. Kalau nak bergantung kepada kerajaan sahaja untuk menyelesaikan masalah rasanya tidak termampu kerana bilangan yang telah terlibat dan yang akan terlibat kita sendiri tidak pasti berapa dan siapa.
Allah telah memberi kita akal fikiran serta Al Quran dan hadis sebagai sumber rujukan. Generasi yang ada inilah seharusnya memainkan peranan. Mulakan dari rumah sendiri. Ahli keluarga sendiri seperti adik kita ,sepupu kita dan sebagainya harus kita perhatikan,beri didikan agama serta nilai-nilai moral yang murni. Mungkin hasilnya kita tidak akan lihat secara serta-merta. Tapi didikan yang diterima insya'allah adalah satu ilmu yang boleh diturunkan kepada generasi seterusnya.