Zaujati
Zaujati
19 years
1743 views

Pinjaman ASB

Assalamualaikum semua...

saya ader pertanyaan ..ader siapa yang tau berapa percent interest untuk kiter wat pinjaman ASB...adakah ia menguntungkan atau merugikan..menngikut perkiraan saya mmg tak rugi banyak la kalo kiter wat pinjaman ni dengan kiter compare kan dengan kiter wat sendiri simpanan setiap bulan...any comment..terima kasih....
7 comments
Share this post

Comments (7)
aizam
kalo nk buat simpanan jangka pnjng dan rasa diri kita cukup berdisiplin,melabur dalam sykt insurans adalah yg paling menguntungkan dan berfaedah, tp hati2 kerana kebayakan sykt2 insurans gergasi yg berpusat di luar malaysia mmpunyai perniagaan yg syubhah,tp mereka mmpunyai produk2 khas utk pasaran kaum islam yg didakwa halal.Sykt insurans yg dijamin(InsyaAllah) halal sepenuhnya ialah Takaful dan MCIS ZURICH.Mungkin terdapat sykt2 insurans lain yg halal tp saya tak tahu.
19 years
ahmad symizul mustaf
Betul Putra... Kalau nk buat halal tak susah.. Saja cari alasan mundur jika terlalu tekankan soal agama. Sebenarnya kita tak benar2 yakin kepadaNya. Takut kehilangan dunia...
19 years
Putra
Pada pendapat saya nak halal kan ASB bukan sukar pun.. ikut syariat halal lah ia.. persolannya kenapa nak buat tak ikut syariat.. tu yang kita heran tu. Melabur kat syarikat halal/ atau buat busnes halal kan boleh. Tapi kenapa dok melabur kat kuanter haram. Lepas tu pinjaman pulak buat dengan bank Islam/pinjaman cara Islam.. susah sangat kah?.
19 years
Iskandar Dzulkarnain
Untuk menjawab persoalan Zaujati, dengan membuat simpanan adalah lebih menguntungkan berbanding pinjaman dari segi pengiraan dengan tidak mengambil dividen. Namun dengan menyimpan adalah sukar untuk mendisiplinkan diri berbanding dengan membuat pinjaman kerana kita akan terikat dengan syarat2 yang dikenakan dimana lebih memihak kepada mereka. Soal halal dan haram hendaklah kita memahami kondisi kita masakini. Jangan menjadi penghalang yang menghalang-halang umat Islam yang wajib ke atasnya menuju keseimbangan dari terus menjadi mundur dan miskin kerana mengada-adakan hukum halal haram tanpa melaksanakan hukum Allah 100%. Maka adalah kewajipan sebagai Ketua negara dan ketua umat Islam memastikan kaumnya menuju kejayaan setelah bersolat.
19 years
Zaujati
Terima kasih dengan komen yang diberikan..saya pun macam was2 la dengan keuntungan dan dividen yang kiter dapat ni,..tapi saya ader layari 1 website dan jumper dengan artikel ni dari mufti Perak mengatakan yang ia adalah halal
http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf
19 years
Putra
Kira untuk dunia memang untung.. tapi kira untuk akhirat tak larat nak tanggung. Semua ustaz yang saya jumpa kata haram termasuk fatwa kerajaan.
19 years
ahmad symizul mustaf
W'salam.. Cuba check laman ini. Katanya ASB ni haram.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1155

TQ
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.