[salam]
Harap sihat dan ceria kepada semua terutamanya kepada
webmaster, regulars di MM dan juga para tetamu.
Selepas MM bertukar wajah, ramai orang baru kita lihat di sini menggantikan orang-orang lama yang dulunya pernah berjumpa 'gathering'.
Mungkin selepas ini kita boleh buat lagi dan kalau tidak di ibukota mungkin di sebelah negeri Sembilan memandangkan orang kuatnya berada di sana. Apa-apapun terpulanglah..
Oklah, bersempena dengan bulan yg mulia ini, yang mengajar kita bertaqwa dan me...
[salam]
Harap sihat dan ceria kepada semua terutamanya kepada
webmaster, regulars di MM dan juga para tetamu.
Selepas MM bertukar wajah, ramai orang baru kita lihat di sini menggantikan orang-orang lama yang dulunya pernah berjumpa 'gathering'.
Mungkin selepas ini kita boleh buat lagi dan kalau tidak di ibukota mungkin di sebelah negeri Sembilan memandangkan orang kuatnya berada di sana. Apa-apapun terpulanglah..
Oklah, bersempena dengan bulan yg mulia ini, yang mengajar kita bertaqwa dan mencari bekalan untuk dibawa ke liang lahad (takkan nak bawa motor kereta yg belum habis bayar kot, rumah ker- ke kubur), saya memohon ampun maaf di atas segala kesalahan dan kelemahan saya, dan pada masa sama saya mengucapkan selamat berhari raya dengan gembira bersama keluarga, saudara, dan rakan taulan kepada semua. Tak perlulah saya sebutkan nama kerana kalau tertinggal seolah-olah macam tak ingat pula kan..
Selamat memakmurkan MyMasjid. Saya merasakan yang webmaster mempunyai agenda sendiri dalam merancang perjalanan MM terutama bagi sela jangka waktu yang panjang.
Kita tengoklah bagaimana.
Kepada yang akan mendirikan rumahtangga, tahniah diucapkan, moga berbahagia dan bertambah taqwanya beserta mawardah dan rahmat, kepada yang akan menimang cahayamata (a future generation, Islamic leaders, make our future good) juga tahniah semoga selamat semuanya.
Salam sayang, jumpa lagi di sini Insya Allah selepasnya. Wassalam.
Mohd Hamzah Harun
Pepatah dari seberang; Tiga perkara yang payah nak diungkapkan, 'Aku sayang kamu', 'Maafkan aku' dan 'Tolonglah aku'.
Semoga hari lebaran membawa seribu makna buat kita semua...
InsyaAllah... "Hamba Allah......"