Assalamualaikum wbt.
Umat Islam Haram Hadir Majlis Deeparaya Deepavali
Dari Laman Web Jabatan Mufti Perak
Haram merayakan perayaan orang-orang kafir
Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali
mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan
orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.
Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan
perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan
Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam
menggunakan perkataan itu meski...

menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik
melariskan jualan mereka.
Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio
Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi
ini.
Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan
kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah
bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku
agamaku"
Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah
disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak
sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.
Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan
perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk,
secara bersama atau menghadiri perayaan itu.
Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut
cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita
mengakui keIslaman kita - JMNPk
<http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm>http://mufti. perak.gov. my/berita/ berita041022- 2.htm
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."