Jasni
Jasni
19 years
1201 views

ALI kenapa jadi SETAN

Assalamualaikum
Semalam saya dengan ceramah dari ustaz bekas artis, dia bagi tau

Masa sekolah rendah dia belajar di sekolah kafir (st.John), sekolah menengah pun sekolah kafir dan lanjut pelajar di luar negara pun kat institusi kafir, bila balik Malaysia dia ditawar watak Ali Setan, sebab tulah sesuai dan menjadi sebab selama ni dia di didik jadi Setan.

Bagaimana pula sistem pendidikan kita sekarang, saya rasa sistem pendidikan sekarang ini lah penyumbang utama masalah yang dihadapi umat melay...
7 comments
Share this post

Comments (7)
manjalara
Ali jadi SETAN sebab kesilapan:

1. pemerintah
2. ibu bapa
3. ahli agama
4. masyarakat
5. media massa

Apa pandangan anda?
19 years
Fadzilah Husin
Asis..nape tanya g tu...lom lagi lah...

cakap Jasni betul...sistem pendidikan kita sekular..maknanya ikut 3 bangsa...semua ambil secubit rasa dapat rasa secubit je ler...
19 years
Asis the Gladiator
yes fadzilah you right.

nak tanya sikit dah berumahtangga ke belum???
19 years
Jasni
Hidup di dunia hanya sementara, semua tak akan kekal, bila sampai masa semua akan mati. Semua orang takut kepada mati, maka berlumba lumba orang menjaga kesihatan agar melewatkan kematian, namun kematian tak dapat di elakan, semua orang takutkan neraka Allah…, neraka boleh dielak, tapi kenapa manusia tidak mahu mengelak.
Pendidikan agama adalah kaedah mengelak dari neraka Allah. Ibubapa adalah bertanggungjawab untuk memberi pendidikan agama kepada anak anak, jika dia tak mampu hendaklah menghantar kepada yang mampu mengajar. Namun jika anak melepak di shopping complek dan ibubapa lepak di kelab kelab, bolehkan kita harap ibubapa ini mengajar anak mereka. Persoalannya berapa ramai ibubapa yang daif agama sekarang ini. Nak salah siap lagi.. mungkin datuk mereka.. jika datuk lepak di kelab dangdut ..bagaimana pulak.. siapa lagi nak dipertanggungjawabkan. Pendapat saya datuk dan ibubapa daif agama sekarang ini adalah kegagalan pendidikan sebelum ini. Jadi tak perlulah kita biarkan sistem pendidikan sekarang melahirkan ibubapa yang sama pada masa hadapan.

Persoalahnya susah sangat ka nak tambah pendidikan agama disekolah kebangsaan/menengah, rugi sangat ka atau adakah semua ibubapa akan marah atau memang kita tak nak ubah. wallah .alam.
19 years
Fadzilah Husin
Saudara dan saudari..ku..kita tinggal menumpang dibumi Allah ini hanya sementara saja. Memang betul pendidikan Islam atau Fardu Ain atau sekolah yang mengajar tentang agama dari fardu kifayah hingga fardu ain sepatutnya ada. tetapi jika dikaji dan selidik jika kita beri 51% pendidikan fardu ain bermakna sekolah sudah mengambil tugas-tugas mulia ibubapa kita.Sedangkan fardu ain atau fardu kifayah seperti mengaji muqqadam, alquran, adab makan, minum, memuliakan tetamu, sembahyang, puasa, zakat,doa2 harian dsbnya adalah WAJIB disampaikan oleh ibubapa kepada anak2 ketika sembahyang habis berjemaah.Maka di sini peranan kerajaan mengambil 15% lagi sebagai kesinambungan nya pada anak2 ini. Perlu diingat adapun kelas yang banyak tetapi penyampaian tidak sama seperti ibubapa dirumah.

Ini peranan ibu bapa, berapa ramai bapa2 atau ibu2 yang mengajar sendiri anak2 hal agama di rumah. Berapa ramai keluarga yang ada majlis usrah keluarga yang mana ceramah2 disampaikan oleh bapa2 sendiri?...Instituti kekeluargaan Islam sudah lama menyimpang dari asal pembentukan semenjak kedatangan british dahulu.

Nasib baik kini kita sudah ada sekolah yang 100% Sekolah Agama Penuh. Sekolah mahaad Tahfiz pun dah ada.sistem pendidikan kita sekular yang telah terjajah dari zaman british dulu.nak ubah pendidikan kena hantar anak2 ke sekolah agama penuh. Itu saja jalannya.

p.s...Allahu Allam....
19 years
Nur Zuhfa Amanda
Akum..

Kebanyakkan sistem pendidikan kurang menitik beratkan pengajian islam (fardhu ain) sama ada di sekolah atau di institusi pangjian tinggi.. dalam zaman moden yang serba canggih ni ramai generasi muda yang mudah terpengaruh dgn budaya negatif.. ibu bapa juga adlh tunjak utama mendidik ank2 mereka ke saluran pendidikan yang betul.. kita sbg saudara sesama muslim wajib bertindak melakukn sesuatu agr pengajian islam (fardhu ain) tidak tenggelam dan terus hilang!!!!
19 years
wardah
Akum...

Kita harap semua umat Islam sedar...dan memilih saluran pendidikan yang betul untuk masa depan anak2 mereka!
Jika dilihat, direnung...trend...utk memisahkan Islam dari kehidupan...sedang berlaku..
Kebimbangan sesetengah pihak utk membiarkan pengajian Islam (fardhu ain) didalami generasi muda akn menyebabkan generasi tersebut berpaling tadah dari mereka....(renunglah...)..kerana Islam mmg mengajar umatnya utk berkata yg benar itu benar! dan bathil itu tetap bathil!... Allah hu Akbar!!!

Wallahhua'lam..
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.