ANTARA BUDAYA DAN AKIDAH..nenek saya
Assamlalaikum..sidang pelayar MyM
saya ada membaca dan mendengar sekarang Datuk Harrusani ada menyatakan bahawa kongsi raya adalah haram untuk dirayakan. Arwah nenek saya seorang cina (ibu arwah ayah) dan semasa saya kecil selalu membawa saya dan adik-beradik lain berkumpul di rumah adiknya yang masih Buddha dan kami selalu dipakaikan Cheong sam serta diberi angpau tapi nenek membawa makanan dari rumah untuk kami semua makan itu pun di rumah jiran sebelah seorang Melayu.kami macam biasa lah main...

5 comments
Comments (5)
TQ saudara Jasni, Rafee dan Puan Ashiqin, pandangan kalian saya pandang tinggi,muga2 segala ilmu itu kita kongsi dgn org lain. Jika budaya dan akidah bukan persoalannya maka niat yang pertama dan tidak melakukan apa2 yg menyalahi perlakuan2 yg lain saya terima dan faham. Muga Allah masukkan Roh arwah nenek (Aminah Bte Abdullah)dan atuk serta bapa saya ke dalam golongan kekasih Allah hendaknya. Aminnn
19 years
Assalamualikum,
pendapat saya tak salah Nenek awak tak salah, kerna yang dibuat cuma budaya bukan amalan agama buddha, pakai Cheong sam serta diberi angpau tu tak salah jika tutup aurat dan niat saja sedekah, tapi kalau pergi ikut sama pergi kuil baru tak boleh. Tapi harus diingatkan jika kita tiada apa apa hubungan, jangan pulak nak buat benda benda tu.. Hukum yang datuk Harussanni pasal kongsi raya tu benar kerana kita tak boleh kongsi Raya Islam dengan raya lain sebab raya kita tak sama dengan mereka wallah.u.s

setuju dengan pendapat ashiqin tu..pada pandangan saya apa yg.arwah nenek anda lakukan adalah untuk tidak memutuskan hubungannya dengan keluarganya...allhamdulillah dengan tak secara langsung dapat juga menarik saudara-maranya memeluk islam.
19 years
persoalan ni kenalah ditanya kepada dan dijawab sendiri oleh pakar ugama / ulama, kalau boleh kena tanya kat Datuk Harusanni sendiri. ini adalah realiti kehidupan kita di malaysia so, nak tau jugak macamana nak handle keadaan mcm ni.arwah nenek saya pun macamni juga keadaannya malahan dia terpaksa sendiri mendalami ilmu agama hingga akhir hayatnya dan mengamalkan suruhan islam selepas kematian suami bertahun-tahun lebih awal. dia hidup dikelilingi keluarganya yg masih bukan islam dan melawat ketika hari perayaan mereka sebagaimana keluarga nenek yg lain melawat semasa hari raya.
19 years
all depend pada niat kita dan tak campur aduk yang batil dengan yang benar.
your must know and understand what you done.
saya campur Aghan + Khmer = jadi Jawa