Barat Mengiktiraf Kehebatan Umat Islam
Kehebatan umat mi disedari oleh tokoh-tokoh barat. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity memuji umat ini dengan berkata, “Renaissance atau era kebangkitan sebenarnya sudah berlaku di tangan orang-orang Arab dan Islam Sepanyol dan bukannya di tangan orang-orang Eropah. Sepanyol dan bukan Itali peledak kepada kebangkitan di Eropah.â€
Pandangan yang diutarakan oleh Robert Briffault ini dipersetujui oleh Philip K. Hitti. Di dala...
Barat Mengiktiraf Kehebatan Umat Islam
Kehebatan umat mi disedari oleh tokoh-tokoh barat. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity memuji umat ini dengan berkata, “Renaissance atau era kebangkitan sebenarnya sudah berlaku di tangan orang-orang Arab dan Islam Sepanyol dan bukannya di tangan orang-orang Eropah. Sepanyol dan bukan Itali peledak kepada kebangkitan di Eropah.â€
Pandangan yang diutarakan oleh Robert Briffault ini dipersetujui oleh Philip K. Hitti. Di dalam The History of the Arabs beliau berkata, “Orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agung pada zaman pertengahan dahulu. Mereka sebenarnya pembawa obor budaya dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas Masihi.â€
Antara sebab kejayaan umat Islam sebelum mi adalah cara fikir yang berbeza darmpada orang lain. Hal mi disebutkan oleh
Marmaduke Picktall di dalam Islamic Culture, “Semasa orang Islam keluar mencari ilmu dengan nama Tuhan, golongan Kristian menghancurkan khazanah ilmu yang dihasilkan oleh golongan terdahulu atas nama nabi Isa.â€
Memang benar, dunia berubah kesan daripada proses perubahan yang dibawa oleh umat Islam. Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi contoh manusia sejagat. Hal mi dijelaskan oleh Robert Briffauk di dalam The Making of Humanity. Beliau berkata, “Konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan ke arah kemerdekaan di negara-negara Amerika Latin. Sebenarnya, konsep-konsep ini bukan hak cipta masyarakat barat. Ia sebenarnya ajaran yang ada di dalam ajaran yang dihayati oleh orang-orang Islam. Konsep-konsep ini kemudiannya mempengaruhi masyarakat Eropah. Besar kemungkinan, jika tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali.â€
Dunia terutamanya barat sepatutnya berterima kasih kepada umat ini kerana tanpa sumbangannya, dunia tidak dapat mengecap kemajuan dan pembangunan seperti yang dikecapi pada han mi. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business and Our Way of Life: What’s Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota.
Beliau berkata, “Pada suatu masa dahulu, wujud suatu tamadun terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dan lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kuasanya terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada han in Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingan.
Perniagaan yang melibatkan tamadun mi berkembang dan Amerika Latin ke negara China dan antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma.
Konsep-konsep ini membantu penciptaan komputer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan barn yang digunakan bagi merawat pelbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya menulis ribuan cerita. Tamadun yang saya maksudkan mi sebenarnya adalah tamadun Islam, yang berkembang dan tahun 800-1600 Masihi.â€
Daripada : 7 Formula Individu Cemerlang, Dr Danial Zainal Abidin.