Alami: Jika tidak, hadapi risiko 'kehilangan' kaum muda
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini
MASJID harus membuat perubahan dan menggambil langkah proaktif untuk mendekati dan menarik lebih ramai remaja demi mendidik mereka tentang Islam.
Jika ini tidak dilakukan, masjid menghadapi risiko 'kehilangan' generasi muda, tegas Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa.
'Kini cabaran untuk kita mendekati golongan muda Muslim dan mendidik mereka tentang Islam adalah lebih bes...
Alami: Jika tidak, hadapi risiko 'kehilangan' kaum muda
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini
MASJID harus membuat perubahan dan menggambil langkah proaktif untuk mendekati dan menarik lebih ramai remaja demi mendidik mereka tentang Islam.
Jika ini tidak dilakukan, masjid menghadapi risiko 'kehilangan' generasi muda, tegas Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa.
'Kini cabaran untuk kita mendekati golongan muda Muslim dan mendidik mereka tentang Islam adalah lebih besar. Kecuali kita sedar dan berani buat perubahan, kita menghadapi risiko kehilangan generasi muda kita, dan itu adalah hakikatnya,' ujar beliau.
Haji Mohd Alami menekankan ini semasa berucap di majlis penyampaian watikah pelantikan lembaga pentadbir masjid di Kelab Akar Umbi, semalam.
Pendekatan masjid, kata beliau, tidak seharusnya setakat menyediakan kemudahan. Sebaliknya, masjid mesti juga memastikan pemimpin dan sukarelawannya mengadakan perubahan minda, misalnya dengan tidak bersikap kasar terhadap remaja yang memasuki masjid dengan pakaian kurang senonoh.
Dan bagi membuka pintunya lebih meluas, masjid boleh mendekati remaja menerusi permainan, seni, hiburan dan drama, tetapi ia haruslah berteraskan prinsip dan nilai Islam.
Haji Mohd Alami menarik perhatian terhadap inisiatif Masjid Al-Istighfar dan Masjid Darussalam menayangkan siaran langsung kejohanan bola sepak Piala Dunia dan Masjid Alkaff Kampong Melayu bekerjasama dengan Sekolah Penjara Kaki Bukit bagi menganjurkan pelbagai program untuk banduan remaja dan ibu bapa mereka.
Pejabat Mufti pula, kata beliau, menghasilkan Garis Panduan Dakwah Muis bagi membantu masjid mengekalkan kesucian rumah ibadah itu dan pada masa sama, mesra remaja.
Mengulas, Pengarah Ehwal Keagamaan Muis, Ustaz Md Murat Md Aris, berkata tujuan usaha itu adalah bagi menjadikan masjid sebagai tempat yang terbuka untuk setiap golongan masyarakat Muslim - termasuk yang bertatu atau memakai pakaian kurang elok.
'Kami mahu mereka rasa diterima semasa di masjid dan dengan cara ini hati mereka akan terbuka untuk menuruti ajaran Islam,' katanya.
Menyifatkan langkah Muis itu sebagai memenuhi tuntutan masa kini, pengerusi Masjid An-Nur, Encik Abdul Rahim Mawasi, berkata: 'Masjid bukan sekadar tempat untuk ibadah atau acara syarahan, tetapi juga ruang untuk golongan muda berinteraksi dan berjinak-jinak dengan agama dan dakwah Islam.'
Bukan ke bagus jika kerajaan mengambil inisiatif Rakan Masjid untuk remaja berbanding program PLKN. Ana cukup sedih bila lihat adik-adik remaja yang balik dari program PLKN dah buat perubahan besar. Sebelum pergi PLKN nak keluar rumah masih takut-takut. Minta izin mak ayah,minta kakak temankan, tapi balik dari PLKN dah berani keluar rumah sesuka hati. Sebelum PLKN pakai tudung rapat, balik PLKN pakai tudung singkat nampak dada.
Inikah remaja harapan agama? Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>
Inikah remaja harapan agama? Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>