Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya membawa takut kepada AlLah, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahli adalah pendekatan diri mengenal tuhan.
Kerana ilmulah petunjuk kpd yg halal dan haram, menara kpd penghuni syurga, teman setia disaat kesunyian, teman berbicara khulwah, petunjuk kpd pembawa bahagia dan yg membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh, perh...
Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya membawa takut kepada AlLah, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahli adalah pendekatan diri mengenal tuhan.
Kerana ilmulah petunjuk kpd yg halal dan haram, menara kpd penghuni syurga, teman setia disaat kesunyian, teman berbicara khulwah, petunjuk kpd pembawa bahagia dan yg membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh, perhiasan disaat bersama-sama teman.
Dengan ilmu AlLah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum sehingga menjadikan mereka pemimpin yang tegak, jejak langkah mereka dicontohi dan pendapat mereka dijadikan pemutus.
Para malaikat terlalu kepingin berteman dengan mereka dan sentiasa mengusap dengan sayapnya. Setiap benda lembap, kering, ikan dilaut, binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan.
Kerana ilmu menghidupkan hati dari kejahilan, lampu bagi penglihatan disaat kelam, dengan ilmu hamba akan mencapai kedudukan insan pilihan di dunia dan di akhirat.
“Sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu atas setiap muslim.â€
Carilah olehmu.... Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>
"Udep Sare Mati Syahid"