FIRMAN Allah SWT bermaksud: “(Apa kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia beroleh pahalanya di sisi Tuhan dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak berduka cita.†(Surah al-Baqarah ayat 112).
Berdasarkan ayat di atas dapat difahami Islam dapat diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan pe...
FIRMAN Allah SWT bermaksud: “(Apa kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia beroleh pahalanya di sisi Tuhan dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak berduka cita.†(Surah al-Baqarah ayat 112).
Berdasarkan ayat di atas dapat difahami Islam dapat diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati. Bahkan ia inti sari daripada keseluruhan makna Islam. Malah, ia titik awal dan titik akhir Islam.
Tiada gerak laku perbuatan dapat menterjemahkan paling tepat dan padat mengenai hakikat penyerahan diri kepada Allah selain gerak sujud atau tunduk patuh kepada perintah Allah yang menyimpulkan segala pergerakan tidak terbatas gerakan zahir semata-mata, malah gerakan yang berkaitan rohani atau maknawi.
Ringkasnya, sujud merangkumi jasmani dan rohani ialah sujud akal dan perasaannya serta sujud jiwa dan hatinya. Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abi Firas Bin Ka'ab al-Aslami (khadam Rasulullah) dan daripada Ahli Saffah, r.anhum, katanya, aku bermalam dengan Rasulullah SAW, aku datang kepada Baginda dan Baginda bersabda, Mintalah daripadaku. Aku pun berkata, aku minta daripadamu untuk mengiringmu ke dalam syurga nanti. Rasulullah bertanya lagi, Ada permintaan lain?. Aku berkata lagi, itu saja. Rasulullah pun bersabda, 'Kamu mestilah banyak bersujud'.
Sujud amalan yang membantu melapangkan jiwa supaya bersih dan ia satu jalan ke syurga. Satu riwayat daripada Imam Muslim daripada Abi Abdul Rahman r.a bahawa Thauban r.a berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu banyakkan sujud, kamu tidak bersujud kepada Allah, melainkan Allah mengangkat darjat kamu dengan sujud itu dan Allah membuang kesalahan kamu dengannya.â€
Ketika Islam dilabel dengan keganasan, kemunduran dan sebagainya akibat salah faham terhadap Islam, sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam yang meletakkan imej Islam berada pada tahap tidak sepatutnya.
Kita sebagai orang Islam perlu memainkan peranan lebih proaktif bagi memastikan Islam, agama membawa mesej kesejahteraan, keamanan serta kemajuan terus dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.
Langkah pertama dalam memartabatkan Islam dan membina semula tamadunnya iaitu memahami Islam sebenarnya dan menjernihkan kekaburan terhadap fahaman Islam secara menyeluruh. Ramai memahami Islam dengan kulit tanpa meneliti isinya. Islam hanya dilihat sebagai agama berkaitan dengan ibadat semata-mata seperti solat, puasa dan zakat. Kefahaman ini wajar dijernihkan dengan perkara berikut:
Kehidupan manusia berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam bentuk akidah, iaitu menerima, menganut dan mengikut kerelaan hati akan membentuk akidah atau sistem akidah ditetapkan Islam. Setiap Muslim wajib mempunyai ikatan akidah yang jelas dalam perhubungan dengan Allah iaitu ketulenan tauhid dan kesucian dari syirik kepada-Nya.
Kehidupan manusia berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam bentuk ibadat, iaitu menerima, menurut dan mematuhi ibadat khusus difardukan seperti ditetapkan Allah dan dicontohi Rasululah SAW tanpa berasa kesal atau tidak senang dalam dada.
Kehidupan manusia berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam bentuk syariah atau undang-undang, iaitu menerima, mematuhi dan melaksanakan peraturan dan undang-undang ditentukan Allah sebagai hakim mutlak mempunyai kekuasaan, kerajaan dan pemerintahan mutlak di alam semesta. Sistem ditetapkan Allah termaktub dalam perlembagaan Ilahi meliputi semua aspek dalam sistem kehidupan manusia.
Kehidupan manusia berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam bentuk akhlak membentuk diri dengan mengikut acuan akhlak ditetapkan Allah dengan menerapkan nilai nas Ilahi dan diperlihatkan dengan model insan unggul iaitu junjungan agung Nabi Muhammad SAW.
Ringkasnya, kefahaman jelas wajar dicerna semula dalam masyarakat agar tidak berlaku pengasingan keempat bidang itu kerana pengasingan ancaman kehancuran umat Islam. Keempat bidang itu saling ikat mengikat satu sama lain dan lambang kesempurnaan digambarkan Islam.
Oleh Mohd Zamri Shafie
Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
segalanya adalah amalan dan menjadi suatu ibadah dengan di beri ganjaran .. syaratnya lakukan dengan ikhlas dan tiada lain kerana Allah sahaja "Udep Sare Mati Syahid"