Aiffa Alia
Aiffa Alia
19 years
1019 views

bacalah sebagai renungan.................

SATU PESANAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM
Date : Thu, 6 sept 2001, 10:43:30 -0700 (PDT)

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH
DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT
TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada
sauatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam
Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu
tertidur. dalam tidur, hamba ...
1 comments
Share this post

Comments (1)
Amir Mohd Amin
Assalamualaikum...
Artikel yg berkaitan di atas pernah saya terima beberapa kali, dan saya percaya ramai juga yg pernah membacanya. Apa yg dikesalkan ialah ramai yg mudah percaya dgn artikel tersebut dengan membuat salinan atau forward emel kpd yg lain disebabkan kejahilan ttg ilmu Islam serta tidak pernah memikirkan akibat drpd perbuatan tersebut.
Berikut adalah satu artikel yg saya kira adalah jawapan kpd artikel wasiat tersebut.

FATWA 1978: PENYEBAR 'SURAT BERANTAI' MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Qurasyi, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967 hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1881 meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Qurasyi (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Qurasyi (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheikh-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya.

Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu
sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".

Wassalam.
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.