Ada banyak sikap baik anak soleh yang semakin dilupakan orang. Salah satu diantaranya ialah:Apabila mereka memasuki surau, masjid, rumah, dewan atau mana-mana yang memerlukan kasut ditanggalkan, mereka akan menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan cantik dan teratur.
Bayangkan kamu lalu di hadapan rumah yang di pintunya terdapat kasut yang tersusun cantik dan teratur. Tentu hati kita senang dan gembira melihatnya. Susunan kasut yang teratur dan cantik menunjukkan orang di dalamnya juga seoran...
Ada banyak sikap baik anak soleh yang semakin dilupakan orang. Salah satu diantaranya ialah:Apabila mereka memasuki surau, masjid, rumah, dewan atau mana-mana yang memerlukan kasut ditanggalkan, mereka akan menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan cantik dan teratur.
Bayangkan kamu lalu di hadapan rumah yang di pintunya terdapat kasut yang tersusun cantik dan teratur. Tentu hati kita senang dan gembira melihatnya. Susunan kasut yang teratur dan cantik menunjukkan orang di dalamnya juga seorang yang teratur dalam melakukan pekerjaan, pembersih dan kemas. Ia juga melambangkan fikiran yang teratur. Bayangkan pula kita melihat kasut-kasut yang bertaburan di sana sini. Tentu kita sakit mata dan sakit hati melihat keadaan seperti itu.
Kerja menyusun kasut ini nampak remeh dan leceh. Tidak ramai orang sanggup melakukannya, boleh jatuh standard. Tetapi, ia sangat mendidik kita untuk mempunyai sifat hamba atau rasa kehambaan sekaligus melahirkan sifat-sifat mahmudah. Malah dapat menundukkan ego yang menjadi raja segala kejahatan.
Ia melatih kita hilang rasa malu dalam dalam melakukan kebaikan sekalipun ia kerja orang bawahan. Secara tidak langsung, kita dapat memahami perasaan orang yang melakukan kerja-kerja yang dianggap hina dan kotor seperti mencuci lantai, longkang, mengangkut sampah dan sebagainya. Barulah kita dapat menghargai setiap orang tidak kira apa statusnya.
Kita akan terlatih, berdisiplin dan bertanggungjwab dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kalau terhadap sepasang kasut pun kita sangat menjaganya, tidak dibiarkan bertaburan, tentu kita dapat menjaga perkara yang lebih besar dari itu. Tentu kamu mahu menjadi orang yang baik, bertanggungjawab, berdikari, berakhlak mulia, berendah diri dan disenangi oleh setiap orang terutama Allah dan Rasul-Nya.
Sikap yang baik ini perlu dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi agar menjadi kebiasaan dan mendarah daging dalam diri kita. Kerjanya mudah tetapi sukar dilakukan kalau tidak bersungguh-sungguh dan kalau bukan kerana Tuhan. Kalau selain dari Tuhan, kita akan melakukannya kerana ada kepentingan. Ia satu cabaran, selamat mencuba!!!
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>