Aku masih ingat
seluruh dunia terpaku
menyaksikan satu perdamaian bersejarah
di antara dua bangsa berseteru
kini mereka bersekutu
untuk memecahkan masalah al-Quds yang satu.
Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu...
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi...
mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru.
Sudah lama perjanjian Camp ...
Penipuan yang bernama Perdamaian
Aku masih ingat
seluruh dunia terpaku
menyaksikan satu perdamaian bersejarah
di antara dua bangsa berseteru
kini mereka bersekutu
untuk memecahkan masalah al-Quds yang satu.
Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu...
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi...
mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru.
Sudah lama perjanjian Camp David itu
Pelarian masih menunggu
Perdamaian yang disambut dunia itu
Hairannya mereka masih di situ
di khemah-khemah pelarian itu..
Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid
Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap
Tetapi seluruh raja-raja Arab
Diumpan dengan kalimah 'perdamaian'
Sehingga termetrilah satu persetujuan
Sekali lagi dunia meraikan kejayaan
kononnya akan membawa keamanan
pelarian tetap menunggu
Kata Israel...
jangan sentuh soal pelarian..
Kita selesaikan masalah wilayah dulu
Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I
... dan Sharm al-Syeikh II
Kali ini bukan seperti Camp David
sekadar menamatkan permusuhan
tetapi melepaskan tuntutan
ke atas 77% kawasan
yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu
Tak cukup dengan itu
Baitul Maqdis mereka yang tentu
kerana telah diistihar ibu negara yang satu
dan abadi pula statusnya itu
Bagaimana pula dengan Al-Aqsa
Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan
apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin
yang selebihnya milik mereka
ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan
Begitulah liciknya mereka
mengabui rampasan dengan umpam perdamaian.
Bangkitlah umat
melaungkan intifadah
sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah
kepada zionis laknatullah
Mereka bentangkan pula 'Pelan Damai'
Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka
dan berdaulat..
Berdaulat tanpa Baitul Maqdis?
Berdaulat tanpa al-Aqsa?
Berdaulat dan pelarian masih di situ?
di khemah-khemah pelarian itu?
Seperti biasa jawapan-jawapan pada peroalan itu
Nanti kita akan selesaikan
dengan syarat hentikan intifadah dulu.
Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk
memberi kepercayaan kepada
sebuah penipuan
yang bernama perdamaian
Ibarat memasuki lubang
... yang sama berulang-ulang.
Kadang-kadang kita rasa perdamaian itu seperti penipuan.
Tapi kadang-kadang ada hikmahnya.
Kadang-kadang kita rasa umat Islam tlh berjaya diperbodohkan sbb dok ikut perjanjian perdamaian.
Tapi masih tak damai2. lagi dirampasnya hak kita.
Kita tengok masa Iraq perang dgn Israel. Sampai skrg masih tak habis. Tapi Setiap hari umat islam kat sana kena tembak pluru buta. Pasal ape? Pasal kita kat sini masih dok sokong Amerika (bapa pengganas)tu.sambil berkata OIC. oooooooooo........iiiiiiiii........ccccccc.........
Wahai kaum muslimin!
Bangkitlah dari zon selesa.
Tinggalkan hedonisme, tinggalkan pronograpi,tinggalkan perkara2 buang masa.
Boikot ape saja barangan mereka.
Tanamkan rasa sayang pada saudara2 seislam kita disana.
Sakit mereka, sakitlah kita juga.
Jadikan kemusnahan negara mereka sebagai pedoman kita.
Kerana apabila tuhan ditinggalkan buruklah padahnya.
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>