Ruqayyah telah menikah dengan Utbah bin Abu Lahab sebelum masa kenabian. Sebenarnya hal itu sangat tidak disukai oleh Khadijah r.a. Ini kerana ia telah mengenali perilaku ibu Utbah, iaitu Ummu Jamil binti Harb, yang terkenal dengan perangai buruk dan jahat. Dia khuatir puterinya akan memperoleh sifat-sifat buruk daripada ibu mentuanya.
Ketika Rasulullah s.a.w. telah diangkat menjadi Nabi, maka Abu Lahablah, orang yang paling memusuhi Rasulullah s.a.w. dan Islam. Abu Lahab telah banyak men...
Ruqayyah telah menikah dengan Utbah bin Abu Lahab sebelum masa kenabian. Sebenarnya hal itu sangat tidak disukai oleh Khadijah r.a. Ini kerana ia telah mengenali perilaku ibu Utbah, iaitu Ummu Jamil binti Harb, yang terkenal dengan perangai buruk dan jahat. Dia khuatir puterinya akan memperoleh sifat-sifat buruk daripada ibu mentuanya.
Ketika Rasulullah s.a.w. telah diangkat menjadi Nabi, maka Abu Lahablah, orang yang paling memusuhi Rasulullah s.a.w. dan Islam. Abu Lahab telah banyak menghasut orang-orang Mekah agar memusuhi Nabi s.a.w dan para sahabat r.a. Begitu juga isterinya, Ummu Jamil yang sentiasa berusaha mencelakakan Rasulullah s.a.w. dan memfitnahnya.
Atas perilaku Abu Lahab dan permusuhannya yang keras terhadap Rasulullah s.a.w., maka Allah telah menurunkan wahyu-Nya, ‘Maka celakalah tangan Abu Lahab, (Al-Lahab : 1). Setelah ayat ini turun, maka Abu Lahab berkata kepada kedua orang puteranya, Utbah dan Utaibah, “Kepalaku tidak halal bagi kepalamu selama kamu tidak menceraikan Puteri Muhammad.†Atas perintah bapanya itu, maka Utbah menceraikan isterinya tanpa alasan. Setelah bercerai dengan Utbah, kemudian Ruqayyah dinikahkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Uthman bin Affan r.a.
Hati Ruqayyah pun berseri-seri dengan pernikahannya ini kerana Uthman adalah seorang Muslim yang beriman teguh, berbudi luhur, tampan, kaya raya, dan dari golongan bangsawan Quraisy. Setelah pernikahan itu, penderitaan kaum muslimin bertambah berat, dengan tekanan dan penindasan dari kafirin Quraisy. Semakin hari penderitaan kaum muslimin, termasuk keluarga Rasulutlah s.a.w. bertambah berat, maka dengan berat hati Nabi s.a.w. mengizinkan Uthman beserta keluarganya dan beberapa muslim lainnya untuk berhijrah ke negeri Habsyah. Ketika itu Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Pergilah ke negeri Habsyah, kerana di sana ada seorang raja yang terkenal baik budinya, tidak suka menganiaya siapapun. Di sana adalah bumi yang melindungi kebenaran. Pergilah kalian ke sana. Sehingga Allah akan membebaskan kalian dari penderitaan ini.’ Maka berangkatlah satu kafilah untuk berhijrah dengan diketuai oleh Uthman bin Affan r.a. Rasulullah s.a.w bersabda tentang mereka, “Mereka adalah orang yang pertama kali hijrah kerana Allah setelah Nabi Luth a.s.’
Setibanya di Habsyah mereka mendapat sambutan yang sangat baik dari Raja Habsyah. Mereka hidup tenang dan tenteram, hingga datanglah berita bahawa keadaan kaum muslimin di Mekah telah aman. Mendengar berita tersebut, disertai kerinduan kepada kampung halaman, maka Uthman memutuskan bahawa kafilah muslimin yang dipimpinnya itu akan kembali lagi ke kampung halamannya di Mekah. Namun, apa yang dijumpai adalah berbeza dengan apa yang mereka dengar ketika di Habsyah.
Pada masa itu, mereka mendapati keadaan kaum muslimin yang mendapatkan penderitaan lebih parah lagi. Penyiksaan atas kaum muslimin semakin meningkat sehingga rombongan ini tidak berani memasuki Mekah pada siang hari. Ketika malam telah menyelimuti kota Makkah, barulah mereka mengunjungi rumah masing-masing yang dirasa aman. Ruqayyah pun masuk ke rumahnya, melepas rindu terhadap orang tua dan saudara-saudaranya.
Namun ketika matanya memerhati ke sekeliling rumah, ia tidak menjumpai satu susuk manusia yang sangat ia rindukan. la bertanya, “Mana ibu?..... mana ibu?....†Saudara-saudaranya terdiam tidak menjawab. Maka Ruqayyah pun sedar, orang yang sangat bererti dalam hidupnya itu telah tiada. Ruqayyah menangis. Hatinya sangat bergetar, bumi pun rasanya berputar atas pemergiannya. Penderitaan hatinya, ternyata tidak berhenti sampai di situ. Tidak lama berselang, satu-satunya anak lelaki iaitu Abdullah yang lahir ketika hijrah pertama, telah meninggal dunia pula.
Dia berhijrah ke Madinah setelah Rasulullah s.a.w hijrah. Ketika Rasulullah s.a.w. bersiap-siap untuk perang Badar, Ruqayyah jatuh sakit, sehingga Rasulullah s.a.w menyuruh Uthman bin Affan agar tinggal di Madinah untuk merawatnya. Namun maut telah menjemput Ruqayyah ketika Rasulullah s.a.w. masih berada di medan Badar pada bulan Ramadan. Kemudian berita wafatnya ini dikhabarkan oleh Zaid bin Haritsah ke Badar. Dan kemenangan kaum muslimin yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. beserta pasukannya dari Badar, ketika masuk ke kota Madinah, telah disambut dengan berita pengebumian Ruqayyah r.a.
Para wanita menangisi kepergian Ruqayyah sehingga Umar bin Khattab r.a. datang kepada para wanita itu dan memukuli mereka dengan cambuknya agar mereka tidak keterlaluan dalam menangisi jenazah Ruqayyah. Akan tetapi Rasulullah s.a.w. menahan tangan Umar r.a. dan berkata, ‘Biarkanlah mereka menangis, ya Umar. Tetapi hati-hatilah dengan bisikan syaitan. Yang datang dari hati dan mata adalah dari Allah dan merupakan rahmat. Yang datang dari tangan dan lidah adalah dari syaitan.’
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."