Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca
dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa
insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang
sakit atau sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya
meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak
bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab t...
Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca
dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa
insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang
sakit atau sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya
meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak
bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah
bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami
minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang,
baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak
disentuh pun.
Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya
baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan
alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan
bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA
terima sedekah saya.
Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa
lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia
kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.
Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan
bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita
sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu 'alam
Assalamualaikum,
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
Bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
> > >
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam
yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
> > >
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama :
- Sedekah/amal jariahnya
- Doa anak-anaknya yang soleh
- Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wassalam.
copy jer ni...... semoga hari ini lebih baik dari semalam..