insan
insan
19 years
1799 views

apa komen sahabat sekelian tentang bersanding bila kahwin

ana cuma nak kita mengutarakan apa pendapat sahabat semua tentang persandingan dalam islam....
15 comments
Share this post

Comments (15)
Aiffa Alia
bersanding tu memang haram disisi islam...oleh itu sebagai orang islam jauhilah perkara yg dilarang dan di murkai oleh ALLAHH... supaya kita semua mendapat keberkatan Dr ALLAH....
19 years
Zana.
Untuk menunjuk-nunjuk kan ke tak elok...
Allah murka kang nanti susah tu...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
19 years
yleadh
heh heh kak sal.. dulu gue dtg tak mo le pulak tunjuk.. "Udep Sare Mati Syahid"
19 years
baniazslmaic
besanding??kalo nk rumahtangga yg dibina dpt berkat,jgn mulekan dgn mende yg ALLAH x ske..besanding=menayang
19 years
salopet
yeladh....adeeee...tapi lu tk leh tgk laaa...mase tu guea kena pakse dgn nenek sedare lu tulaaaaa....

hehehehe...meh dtg umah kiter tukaw2 gambo pengantin... dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
yleadh
heh hhe kak sal.. gua tetiba teringat le pulak nak cari gambo lu bersanding.. kot ada ke..? "Udep Sare Mati Syahid"
19 years
salopet
ditanye pasal "persandingan dalam islam"..persandingan bila disebut saje kiter akan terbayang pengantin bersanding dan meriah sakan. bersanding tuh makne duduk rapat antara keduanya. setakat duduk rapat dgn menutup keseluruhan aurat, di kelayak tetamu dan beramah mesra dgn para tetamu dan sedara mara..masih ok laa.

kok kalu bersanding, berinai amik-amik gambo di kelayak tetamu dgn tanpa menutup aurat sipengantin...memang jauhilaaa...kalau pengantin dalam keadaan terbuke aurat yg dibulihkan dikalangan muhrim dan buat sanding2, ...ok aper.

kite buat aper yg dibulihkan dlm islam...yg tak bulih jgn la buat...

tapi yg malas cakap ni...para jemputan yg dtg..kadang melebihi pengantin yg duk bersanding......
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
atieh
assalamualaikum,
Dalam islam persandingan mmg tak dibenarkan krn byk perkara yg blh melanggar syariat. satunya pembaaziran, meniru adat hindu spt rmi yg tahu. aurat juga sdh tdk dipedulikan.rmi yg membina masjid tp dgn cr yg salah tu yg x berkat.....
19 years
nasrinasir
maaf kalau saya tersilap sebenarnya sahabat ku "insan"itu bukan firman tetapi hadis:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (HR Abu Daud).

Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)


Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

(wallahu a'lam)
19 years
insan
dari apa yang pernah saya baca dari sebuah artikel dari seorang ustaz,dia mengatakan bersanding memang xleh di lakukan,yela seperti sahabat katakan budaya orang hindu kan.lagipun adat ini tak pernah ada dalam ajaran islam kan.kan ada firman yang mengatakan "barang siapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dalam kaum itu"...disebabkan terlalu mengikut adat,kita jadi risau,yela kalau tak buat nanti takut di kata orang la...lagipun ape yang lebih sangat dengan bersanding ni..
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.