sitie
sitie
19 years
1917 views

Kemusykilan tentang solah jemaah

Assalammualaikum.. Saya ada kemuskilan skit arr tentang solat jemaah ni.. Sape tahu minta tolong kongsikan kat saya nih..

Satu hari saya solat jemaah dengan suami saya berdua. Selepas solat, suami saya beritahu yang dia terdengar bacaan surah dalam solat saya ketika dia menjadi imam.
Satu lagi, ketika dia abis baca Al-Fatihah, dia dengar jelas saya meng"amin"kan bacaannya.

Kemusyikilan saya ialah.. setahu saya, mengaminkan imam membaca alfatihah itu biasa dilakukan.. adakah menjad...
6 comments
Share this post

Comments (6)
insan
dari apa yang saya belajar la tentang menghabis kan bacaan al-fatihah tu,dari kes pengaju soalan ni yang berkaitan imam ekpress,sudah pasti dia adalah menjadi makmun muafik jadi dia adalh wajib untuk menghabiskan bacaan al-fatihah nya sehingga imam melakukan 4rukun yang panjang iaitu sehingga sujud yang kedua.melainkan dia adalh makmun masbuk jadi dia tidak perlu menghabiskan bacaan al-fatihah nya dan wajib untuk rukuk bersama imam,jika tidak ,rakat itu tidak di kira sebagai 1 rakaat maka kena lah makmun itu menambah 1 lagi rakaat.tentang volume saya pasti lah pulak...
19 years
ajay
bab mengamin kan tu bg perempuan hendaklah hanya dedegari diri sendiri walaupun berdua sahaja...melainkan lelaki....

wallahualam. MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
19 years
sitie
abis tu camne dengan mengaminkan bacaan fatihah.. adakah pun tak boleh berbunyilah? Be Open Minded in single thing and sensetif in single thing
19 years
mirzamohd
salam....

saya rasa masalahnya ialah awak punya 'volume' agak kuat... dan ianya didengari oleh suami yg kebetulan waktu itu merangkap imam solat jemaah awak.....

bacaan tu patutnya 'sedang elok' didengari oleh telinga sendiri bukan telinga orang lain.... kerana kalau org lain dengar suara kita, maka dia sudah hilang kekusyukannya...so? kita sudah menganggu solat orang lain....

so?..cubalah kontrol volume awak....

apapun soal hukum membaca surah dsbnya telah dibawa oleh mami kita...

harap maklum...
AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com
19 years
sitie
Terima kasih mami Ros atas penerangan itu.. Be Open Minded in single thing and sensetif in single thing
19 years
Mami Ros
Nak jawab tak berapa pandai...tapi inilah soalanlazim yg ditanya dan dipetik dari website lain...moga menjadi panduan.

mohon maaf...

Soalan:
Kalau kita menjadi makmum sembahyang fardu, adakah kita perlu membaca Al-Fatihah semasa imam membaca surah. Dan kalau perlu, adakah sah sembahyang kita apabila kita tidak sempat habis membaca Al-Fatihah kerana imam membaca surah pendek. Kes ini adalah bukan kes makmum masbuk atau muafik?

Jaafar, KL
Jawapan:
Mengikut pendapat jumhur ulamak termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri, membaca Al-Fatihah di dalam solat bagi makmum adalah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna tidak sah solat makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah tetapi ditinggalkannya dengan sengaja.
Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada solat (tidak sah) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah yang tidak mewajibkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca agak lambat dan imam pula agak pantas sehingga anda tidak sempat menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam hal ini sekiranya imam telah rukuk anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-Fatihah sebelum imam sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.

Jika anda rasa tidak sempat berbuat demikian, maka anda hendaklah rukuk bersama imam kerana bacaan imam akan dikira sebagai bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah SAW pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan sekiranya ia sujud maka henadaklah anda sujud. Bagaimanapun bagi sesetengah ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama dan ia dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200
2. Panduan Lengkap Ibadah Solat DN 114

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.