PENDEKATAN PRAKTIKAL KEPADA IBU BAPA DAN
INSTITUSI PERSEKOLAHAN DALAM MEMBINA GENERASI RABBANI
Sumber - Laman Siber Hira'
Disediakan oleh :
Arifin Hasan
Pengenalan
Sehingga kini isu yang besar di kalangan pendidik dan ibu bapa ialah penyediaan anak-anak mereka atau para pelajar untuk melangkah ke dunia yang sebenarnya. Ia memerlukan satu persediaan yang rapi dan jelas akan apakah senario masa depan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar.
Walau bagaimanapun dalam hal ini, peranan yang perlu ...
PENDEKATAN PRAKTIKAL KEPADA IBU BAPA DAN
INSTITUSI PERSEKOLAHAN DALAM MEMBINA GENERASI RABBANI
Sumber - Laman Siber Hira'
Disediakan oleh :
Arifin Hasan
Pengenalan
Sehingga kini isu yang besar di kalangan pendidik dan ibu bapa ialah penyediaan anak-anak mereka atau para pelajar untuk melangkah ke dunia yang sebenarnya. Ia memerlukan satu persediaan yang rapi dan jelas akan apakah senario masa depan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar.
Walau bagaimanapun dalam hal ini, peranan yang perlu dimainkan oleh para pendidik sebagai satu cabaran yang lebih menekan, yakni pengaruh alam sekeliling ( S.L.E.P.T = Social, Legal, Economy, Political, Technology ). Justeru itu kedua-dua ibu bapa dan guru-guru harus bergabung dan bertindak secara berpasukan untuk menangani isu ini secara proaktif.
Cabaran-cabaran Utama
Dalam membina generasi rabbani, senario-senario ini menjadi cabaran kepada para pendidik :
Faktor-faktor SLEPT
Social : Contohnya budaya kuning dari media
Legal ( Perundangan ) : Contohnya yang bertentangan dengan Islam
Economy : Contohnya globalisasi yang membawa segala pengaruh negatifnya
Politics : Contohnya yang tidak memudahkan kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam.
Technology : Contohnya yang membawa banyak budaya luar seperti melalui VCD dan internet.
Apakah Fungsi Generasi Rabbani
Melahirkan individu yang beriman, bertanggung jawab dan berketrampilan dengan skil-skil terkini dan futuristik.
Meningkatkan kemampuan individu agar mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti berwawasan, mampu merancang masa depan, bermotivasi tinggi dan mampu menangani krisis
Memastikan pemimpin yang ada mampu membawa perubahan atau sebagai pemangkin kepada perubahan di semua peringkat organisasi.
Langkah-langkah Khusus
Menyediakan alam sekitar yang membantu para pelajar untuk berkembang dengan sihat.
Membentuk suasana kasih sayang yang bermakna agar anak-anak terasa selamat dan dihormati.
Menurunkan ilmu dan kemahiran yang relevan mengikut keperluan semasa ( waqie ) dan masa depan ( futuristik ).
Melatih anak-anak agar menghadapi masa depan dengan kemahiran membuat keputusan dan mampu menangani krisis.
Meningkatkan kemahiran kepemimpinan secara sedar dan khusus di kalangan anak-anak melalui latihan dan bimbingan.
Rumusan
Yang penting di sini ialah memahami bahawa walaupun generasi rabbani itu umumnya sama untuk setiap zaman, tetapi ianya mempunyai penekanan dan pendekatan yang berbeza-beza mengikut masa. Ibu bapa dan para pendidik harus diingatkan berlandaskan kata-kata para sahabat :
Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka akan hidup bukan di zaman kamu. (mafhum kata-kata para sahabat)
"Udep Sare Mati Syahid"