Prince Ahmad
Prince Ahmad
20 years
2079 Views

Siapa Yang Pakar Dalam Bidang Syariah , boleh tak terangkan kepada saya ?

Saya sedang mengkaji tentang hukum menqada sembahyang . boleh kah siapa2 yang fasih (sahaja) dalam agama disini memnerangkan hukum menqada sembahyang beserta dalil daripada quran & sunnah kalau ada kepada saya.

Terima kasih

7 comments
Share this post

Comments (7)

juz
wat saudara hakim-ermphh..terima kasih coz wat saya terfikir.
Saya ada gak bincang ngan sahabat-sahabat.Sebenarnya kan tiada alasan kiter Qada' solat..tapi Islam tu kan memudahkan, sudah ada rukshahnyer tapi pelikkan naper lagi kiter sibuk-sibuk nak Qada'.Tapi saya tidak menolak andai ada kemungkinan dan ijtihad lain..Ilmu Allah ni kan luas..saya pun ingin gak tau dengan lebih lanjut pasal nie..kiter sama-sama belajar ok..
20 years
hakim41
Untuk -Juz ,, Kalau tidak ada istilah qada, bagaimana pula bagi yang dah tertinggal sembahyang , dah berlalu .. macam saya la , dulu pernah meninggalkan sembahyang dengan sengaja.....
20 years
stone
emmm...bila tengok soalan mcm ni teringat pulak soalan saya masa saya form 5 dulu....dimana ada seorang ustaz ini menceritakan tentang solat jamak....dia lalu mendatangkan sebuah hadis yg saya ingat sampai hari ni iaitu daripada Ibnu Abbas : "Ketika itu kami bersama-sama Rasulullah berada di Madinah, Rasulullah melakukan jamak tanpa rasa takut dan rasa musafir"......kemudian uztas ini menerangkan yang solat jamak ini hanya boleh dilakukan ketika musafir atau waktu hujan lebat sahaja...emmmm....terus kompius sampai sekarang........maksud saya kalau saja solat jamak itu boleh dilakukan tanpa rasa takut dan bukan musafir......kan lebih baik....pasti umat mudah untuk melakukan solat.....dan tiada alasan lagi dihapan Allah kelak kan......saja nak kongsi pendapat
20 years
sausan
Disini saya lampirkan beberapa soalan dan jawapan mengenai hukum mengqada solat.(semua soalan telah dirujuk terlebih dahulu daripada pihak JAKIM).Semoga memberi dorongan dan petunjuk.

Soalan
: Sekiranya saya tertinggal satu waktu solat sedangkan waktu solat yang lain telah masuk apakah yang perlu saya lakukan. Apakah perlu saya mengqadha' waktu yang tinggal sebelum saya meneruskan solat atau saya melakukan solat dan kemudian menqadha'?
Jawapan
: Dalam hal ini, saudari perlu menunaikan solat fardu terlebih dahulu kemudian mengerjakan solat qadha' yang anda inginkan.

Soalan
: Saya difahamkan, melakukan solat sunnat selepas waktu subuh adalah haram kerana ditakuti kelihatan seperti menyembah matahari. Bagaimana pula dengan solat qadoq, contohnya jika saya tertidur sehingga habis waktu subuh dan melakukan solat qadoq semasa matahari terbit. Adakah waktu in haram untuk solat sunnat sahaja atau semua jenis solat?
Jawapan
: Solat qada' boleh dilakukan pada bila-bila masa. Selepas solat Subuh tidak boleh dilakukan solat sunat mutlak tetapi solat sunat bersebab boleh dilakukan seperti solat sunat taubat, isyrak dll.

Soalan
: Bolehkah solat diqadha dan adakah solat yg di tinggalkan dengan sengaja perlu diqadha' serta kena bayar fidyah? Bagaimana dan di mana perlu di bayar?
Jawapan
: Mengqadha solat hanya dibolehkan dalam 3 keadaan berikut:

1. ketika terlupa
2. ketika tertidur
3. Pitam/hilang ingatan.

Solat yang ditinggalkan dengan sengaja wajib diqadha' dan tidak perlu dibayar fidyah.

Dan dalil mengenai Qadha Solat dan ini penjelasannya:

a. Hukum qadha solat yg luput dgn sengaja adalah batil dan bid'ah dhalalah. Ini pendapat kaum Zahiri (Daud dan Ibn Hazm), Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Salafiyah Saudi Arabia dan Imam Syawkani.
Dalil: S. Maryam: 59-60; al Ma'uun: 4-5 dan Talaq: 1
Dalil-dalil hadis semuanya mengisyaratkan Qadha hanya bila berlaku illat lupa atau tertidur sahaja.

b. Pendapat Jumhur fuqaha' (empat madzhab besar) pula menetapkan adanya hukum qadha bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qadha ini dgn QIAS. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajihkan qadha, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya.

"Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
Prince Ahmad
juz ,--> Terima kasih , jawapan yang boleh diterima , tapi .. ada tak sapa2 yang boleh menjelaskan kepada saya dengan lebih lanjut lagi ?

mami ros ,--> <mengeluarkan pandangan tentang hukum dan penerangan beserta dalil adalah sesuatu yang perlu diawasi dan diteliti dengan sempurna kerana bukan mudah untuk menyempurnakan tugas sebagitu.> memang benar mami ros, sebab tu lah saya hanya mengkhusus kan soalan ini kepada pakar syariah disini kerana saya hanya mahir dalam bidang usuluddin .

Boleh tak sapa2 gtau tolong saya

p/s:
Yang tak tahu jangan malu bertanya ,
Yang tahu bagi tolong beritahu pada yang tak tau ,
20 years
juz
Ishh setahu saya..tiada istilah menqada'kan sembahyang dalam Islam nie..sebab telah ada istilah rukhsah solat..jadinya tiada sebab lah kan kita nak qada'kan solat..
Penah dengar tak kisah, sorang mayat nie di soal dalam kubur pasal tak solat?!
Camni citernyer..
Beliau di soal : Nape kamu tidak solat?
Jawapnyer : Sayer terlalu sibuk dengan urusan saya!
Malaikat menjawab : Sibuk kamu adakah sesibuk Nabi Allah Sulaiman
yang mentadbir seluruh alam manusia dan haiwan??
Beliau cuber gak memerah keringat dengan mencipta 1001 alasan..
Jawapnyer lagi : Saya selalu tidak sihat?
Malaikat menjawab : Adakah kesakitan kamu lebih sakit lagi dari
kesakitan yang Allah Taala uji keatas Nabi Ayub??
Akhirnya tiada alasan untuk diberikan kenapa kita tidak solat..
Daripada kisah tu sebenarnya dah jelas..Naper lak kiter nie dok sibuk2 nak qada'kan solat kan..ishh macamnalh boleh wujud istilah tukan..tapi saya pun budak baru belajaq..itu yang saya tau lah yang boleh dikongsi..kalau ada hukum pasai tu, tingin gak nak tau..
20 years
Mami Ros
Assalammualaikum wbt,

wahai saudara yang budiman, satu soalan yang diutarakan cukup bernas dan bagus dibuat topik perbincangan.

namun, untuk pengetahuan saudara mengeluarkan pandangan tentang hukum dan penerangan beserta dalil adalah sesuatu yang perlu diawasi dan diteliti dengan sempurna kerana bukan mudah untuk menyempurnakan tugas sebagitu.
Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.