Kay_on
Kay_on
20 years
1668 views

Tahukah anda? Penggunaan tuala wanita (pad) jadi punca kanser!!

Hi saya org baru di sini. Just nak share apa yang saya tahu dengan kawan-kawan. Rasanya dah ramai yang dah baca atau terbaca mengenainya.

Dalam utusan pengguna keluaran julai 2002 ada menyatakan bahawa tuala wanita didapati mengandungi DIOKSIN. DIOKSIN adalah bahan kimia yang bersifat karsinogen. Bahan ini berupaya meresap dan tersimpan di dalam sel lemak menjadikannya kekal terkumpul.
Mengikut kajian yang pernah dijalankan oleh CAP pula ke atas beberapa jenama popular yang dijual di sini men...
6 comments
Share this post

Comments (6)
ariesgirl
hm...mn bleh mcm tue....
19 years
Kay_on
Ermm berapa banyak kain nak kena carik buat tuala...kalau travel nak usung balik kain yang dah kotor...kalau dalam flight lagiler susah nak cuci...
20 years
salopet
herm...
gune kain jer macam org dulu tuh...lepas pakai cuci ...jemur, n simpan...bulan depan pakai lagik...

jimat..selamattttt....he he he he. dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
hakim41
Huuh,dahsyatnya!!, Tapi ana selamat.. sebab tak pernah guna pun.. heh , heh heh
20 years
Kay_on
Mami Ros, tuala wanita dimaksudkan tu yang dibuat dr kapas sintetik. ni ada lagi info...

Untuk membuat tuala wanita, gentian pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air besen yang besar dan kebanyakan bahan dan pewarna yang diperlukan dimasukkan pada peringkat ini. Pulpa ini kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya.

Sesetengah tuala wanita mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu, untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet halus di dalam air berasid. Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian yang lebih panjang.

Proses bahan kimia termasuk " de-in-hing " bahan yang dikitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. Akibatnya, sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita.

Bahan penambah juga digunakan untuk menambahkan sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah. Seringkali digunakan polysorbate dan uren formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.

Plastik bawah untuk mencegah kebocoran biasanya akan dibuat daripada polythene. Fabrik yang menyalut tuala wanita adalah bahan ringan yang seringkali merupakan polypropylene atau rayon.

Oleh itu, adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternatif lebih selamat lagi.

Sesiapa nak tau lbh lanjut boleh hubungi saya...0135903215/email kb9576@yahoo.c0m.my
20 years
Mami Ros
errkkkkkk.....ia kah???...

apa pun, setiap penyakit ada puncanya kan?.. dan setiap punyanya tak semesti datangnya dari satu source yang mungkin diketahui ramai.

Masih ramai wanita diluar sana memakai pad, yang pelbagai rupa dan bentuk dengan yang ada wangian sekali tu...heheh...

Setiap inci tubuh harus dijaga kesihatannya. Amat sulit untuk memperkatakan andainya kebersihan tidak diambil pusing.

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.