Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini
berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah
melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup di
dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru itulah manusia
yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah
berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak
terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya
rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.
Ketahuilah fajar itu...
a;kum
Lakukanlah dengan ikhlas,,insyallah
.: Solat Dhuha :.
Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini
berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah
melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup di
dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru itulah manusia
yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah
berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak
terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya
rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.
Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat
dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini
terbahagi kepada dua keadaan:
1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar
halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa
perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan
makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di
arah yang sama.
Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu
Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga
masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih
waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang
satu galah.
Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat
menganjurkan kita mengerjakan solat sunatnya sebanyak
dua atau empat, lapan dan dua belas rakaat, meskipun
solat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat
digalakkan agar kita mengerjakannya.
Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya;
"Rasulullah SAW melaksanakan solat Dhuha sehingga kita
mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah
meninggalkannya sehingga kita mengira bahawa beliau
tidak pernah mengerjakannya."
Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan
solat Dhuha yang ia lakukan meskipun ianya ibadah
sunat sahaja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW
maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan
sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya disamping
ada faedah dan manfaatnya.
Khasiat dan fadilat
Sebagaimana yang kita fahami bahawa setiap amalan yang
disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung
banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan
fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha
secara istiqamah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan
istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun
dosa itu seluas lautan."/
Rasulullah bersabda lagi,
[i] "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak
kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan
memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang
bertaubat."
Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda;
[i] "Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada
waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pasti
akan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." Al
Hakim dan Thabrani
Sementara itu di dalam hadis yang lain Rasulullah
bersabda:
"Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah
untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan
tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga
sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu
sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah
mengerjakan solat Dhuda dua rakaat." Ahmad Muslim dan
Abu Daud
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti
berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,
"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,
serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang
telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
Al-Tabrani
Doa :
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku
ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi
keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika
ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran
dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu,
berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah
cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan
atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah TUhan seru sekalian alam."
"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"
masih keje kalu...wajib kena buat keje dulu....tapi kek umah kalu...cenang mau mikin sema maaaaa.... dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....