Semalam...laungan [b]Hidup Melayu[/b] benar-benar menggetarkan jiwa.....jiwa seorang melayu aku dan jiwa mereka yang bukan melayu.....kata-kata semangat...kata-kata hikmat yang harus selalu diingat....
Sememangnya sukar untuk menghayati apa yang telah dilakukan oleh Datuk Onn terutama bagi generasi yang tidak melalui detik-detik zaman selepas Perang Dunia Kedua kerana apa yang ada hari ini seolah-olah terwujud dengan sendiri.
Kita boleh bayangkan betapa jika Datuk Onn tidak menggerakkan jiwa o...
Semalam...laungan [b]Hidup Melayu[/b] benar-benar menggetarkan jiwa.....jiwa seorang melayu aku dan jiwa mereka yang bukan melayu.....kata-kata semangat...kata-kata hikmat yang harus selalu diingat....
Sememangnya sukar untuk menghayati apa yang telah dilakukan oleh Datuk Onn terutama bagi generasi yang tidak melalui detik-detik zaman selepas Perang Dunia Kedua kerana apa yang ada hari ini seolah-olah terwujud dengan sendiri.
Kita boleh bayangkan betapa jika Datuk Onn tidak menggerakkan jiwa orang Melayu supaya bersemangat kebangsaan, pastinya apa yang ada hari ini adalah Malayan Union atau entiti pewarisnya di mana hak bumiputera terpinggir. Malayan Union menyamaratakan hak Melayu dan bukan Melayu serta melucutkan sama sekali kuasa raja-raja Melayu.Penjajah British yang kembali mentadbir Tanah Melayu ketika itu telah melucutkan kedaulatan raja-raja Melayu melalui ugutan licik serta meleburkan identiti negeri-negeri Melayu hingga anak-anak negeri menjadi rakyat tanah jajahan semata-mata.
Perjuangan Parang Panjang Berdarah oleh Panglima @ Kiai Salleh cuma terhenti dengan janji Dato' Onn untuk mengembalikan KUASA kepada Melayu. Ikrar Melayu yang diucapkan pada 10 Feb 1946 oleh Kiai Salleh adalah ikrar tulin dan sejati pejuang Melayu yang patut diwarisi oleh pejuang politik masakini.....hayati dan halusi nescaya korupsi dan ilusi materealistik kalian akan sirna dan padam.
Dato' Onn..........Pengasas Negara Bangsa TAAT SETIA......When war comes to our doorstep, the very existence of the nation and society will depend on 'A Few Good Men'...who call themselves