Assalamualaikum warga myMasjid,
Bertemu kita sekali lagi setelah lama ‘dicutikan’. Dalam jangkamasa ‘dicutikan’ ni, dapatlah juga bersantai merehatkan minda kita yang telah penat sepanjang hari. Sekarang adalah masa untuk energized balik otak dan iman kita dengan ilmu2 bermanfaat.
Baiklah, kalau tengok pada tajuk di atas ia merupakan satu peringatan yang tegas. Kenapa tegas? Sebab, ia melibatkan hubungan kita dengan Allah. Kita ni semua (termasuk saya) adalah hamba Al...
Assalamualaikum warga myMasjid,
Bertemu kita sekali lagi setelah lama ‘dicutikan’. Dalam jangkamasa ‘dicutikan’ ni, dapatlah juga bersantai merehatkan minda kita yang telah penat sepanjang hari. Sekarang adalah masa untuk energized balik otak dan iman kita dengan ilmu2 bermanfaat.
Baiklah, kalau tengok pada tajuk di atas ia merupakan satu peringatan yang tegas. Kenapa tegas? Sebab, ia melibatkan hubungan kita dengan Allah. Kita ni semua (termasuk saya) adalah hamba Allah yang lemah tetapi dalam pada itu, masih lagi boleh berlagak sombong dengan Allah. Sombong? Sombong yang macam mana?
Sombong dengan cara banyak sangat memberi alasan apabila tidak mahu mengikut perintah Allah dalam melakukan ibadah. Bila nak mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara amar makruf timbullah macam-macam maklum balas. Contohnya : “Kenapa tak tutup aurat?†Alaaa…tak sampai seru lagi, muda lagi, apa class nak main tutup-tutup ni, rambut ni kan mahkota wanita…buat apa nak tutup, yang penting hati mau baik….itulah diantara jawapan yang saya pernah dengar (personally). Anda pun mungkin pernah berdepan dengan situasi ni. Kadang2 tak payah pergi jauh. Adik-beradik sendiri pun ada yang berperangai yang macam ni.
Lagi satu, bila ditanya “kenapa tak pi dengar kuliah atau solat berjemaah kat surau/masjid?†isshh…I sibuk lah, nantilah…banyak masa lagi, tunggu pencen, seganlah,tunggu bila umur 40 nanti aku pergi. Dan banyak lagilah alasan.
Sedangkan Allah tak pernah memberi alasan untuk tidak memberi makan minum kepada hambaNya yang sentiasa lalai sebaliknya Allah sentiasa menjamin rezeki masing-masing waima anak yang masih dalam kandungan lagi. Tapi kita tak ingat semua tu. Yang kita tahu, makan, minum, tidur, pergi kerja, beriadah, seronok suka-suka, gelak ketawa. Langsung tak ingat dengan nikmat yang Allah beri pada kita setiap saat. Boleh bernafas, boleh melihat, boleh mendengar dan sebagainya.
Itu satu kes. Yang ini kes lain pulak, ada juga sesetengah orang dia memang rajin menderma, buat amal kebajikan dan pada masa yang sama mengajak orang lain kepada kebaikan tetapi diri dia sendiri tidak mahu ikut serta dalam program yang diadakan. Contoh: dia mampu mendirikan masjid/surau tetapi dia sendiri tidak melazimkan dirinya ke masjid. Bila ada kuliah agama pun tak pernah nak datang.Apa yang diutamakan hanyalah penyediaan infrastuktur semata.
Oleh yang demikian, janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang suka beralasan seperti di atas kerana alasan2 seperti ini hanya laku/valid sesama manusia sahaja sedangkan di hadapan Allah nanti, semua alasan ini sudah tidak berguna. Sesungguhnya, apabila mati anak Adam yang soleh dan solehah, maka terdapat 2 tempat yang akan menangisi pemergiannya iaitu tempat sujud dan langit (laluan roh naik ke atas).
Dan untuk mencapai tahap soleh dan solehah, setiap individu itu mestilah membahagikan jadual hariannya kepada 3 bahagian. Oleh kerana kehidupan di dunia ini mempunyai 24 jam, maka sebaik-baik jadual kehidupan ialah :
8 jam untuk Allah, 8 jam untuk keluarga dan 8 jam untuk kerja.
InsyaAllah, kehidupan seharian kita akan tenang kerana dapat menyeimbangkan diantara dunia dan akhirat.
Sumber : Kuliah Subuh – Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat