SHEIKH AL-AZHAR : BERJUANG MENENTANG KEMARAAN AMERIKA ADALAH WAJIB SYARIE
Imam Besar Dr Muhammad Sayed Tantawi, Sheikh Al-Azhar, mengumumkan bahawa menghalang kemaraan/keganasan Amerika keatas Iraq adalah Jihad, dan menentang apa-apa pencerobohan dibumi Iraq adalah perbuatan Wajib Syarie.
Imam Al-Azhar mengumumkan kepada IslamOnline.Net pada hari Sabtu 22-2-2003 setelah pembukaan Muktamar Emansipasi Wanita didalam Islam anjuran Universiti Al-Azhar, kata beliau :
"Kami menola...
SHEIKH AL-AZHAR : BERJUANG MENENTANG KEMARAAN AMERIKA ADALAH WAJIB SYARIE
Imam Besar Dr Muhammad Sayed Tantawi, Sheikh Al-Azhar, mengumumkan bahawa menghalang kemaraan/keganasan Amerika keatas Iraq adalah Jihad, dan menentang apa-apa pencerobohan dibumi Iraq adalah perbuatan Wajib Syarie.
Imam Al-Azhar mengumumkan kepada IslamOnline.Net pada hari Sabtu 22-2-2003 setelah pembukaan Muktamar Emansipasi Wanita didalam Islam anjuran Universiti Al-Azhar, kata beliau :
"Kami menolak sebarang kebencian keatas rakyat Iraq! Kerana mereka adalah salah satu bahagian dari Negara Arab dan Islam! Tidak mungkin melepaskannya! dan berharap kepada Allah membantu mereka dari semua serangan ketasnya, dan sesungguh adalah wajib syariah membantu Iraq menentang mana-mana kemaraan dengan mengambil kira apa-apa kemaraan terhadap mana-mana negara Islam melainkan ditentang dengan Jihad dan Kewajipan Islam"
Sheikh Al-Azhar ini menyeru kepada pemimpin-pemimpin negara Arab agar menambahkan usaha memberhentikan keganasan keatas Iraq, dan harus membuat keputusan pada Sidang Kemuncak yang akan datang ini bagi mempertahankan Iraq dari sebarang kebencian, mengisyaratkan bahwa semua negara dan bangsa-bangsa didalam dunia harus berdiri dibelakang kebenaran Iraq sehingga satu masa krisis ini menjadi aman.
Dari pihak seorang pendakwah terkenal Dr Yusuf Al-Qardhawi mengesahkan kepada wartawan di sidang akhbar selepas sessi pertama sidang Muktamar yang berlangsung selama 2 hari, bahawa pejuangan menentang Pasukan Amerika yang akan menyertai perang menentang Iraq adalah Jihad yang dibenarkan(هي جهاد مشروع), dan kematian didalam mempertahankan Iraq adalah salah satu dari jenis Syahid, kerana kematian tersebut berniatkan mempertahankan bumi Islam berdepan dengan serangan musuh; merujuk kepada ia adalah sebuah negara Arab dan Islam didalam masa ia membantu Iraq.
Dan beliau menambah lagi bahawa :
"reaksi negara Arab pada masa ini sikapnya amatlah memalukan, dimana masyarakat Eropah telah melakukan demonstrasi beratus juta yang menyertainya bagi pihak Iraq sementara orang Islam diam seperti kubur yang diam sepi. "
Mengenai hukum bersekitar dengan kerja-kerja jihad menyerang markas-markas tentera Amerika dinegara-negara Arab, Al-Qardhawi mengatakan :
ا
"Perjanjian lama Askar Arab harus dihormati, kita mesti patut kepada peraturan yang dikenakan oleh Pasukan Amerika yang berikan peruntukkan kepada mereka, jelas bahawa kita harus menentang Pasukan Amerika baik di udara, laut, darat yang disasarannya - sebagaimana yang telah diumumkan oleh George Bush didalam Kongress - penaklukkan wilayah Arab dan pencerobohannya, dan menukar wajah petanya. "
sumber : psang shttp://www.islamonline.net/Arabic/news/2003-02/22/article12.shtml pisang