nash
nash
20 years
1396 views

Black Metal

Assalamualaikum....

Saya ingin membuka forum ini dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa muzik Black Metal adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur penyembahan syaitan pada sesetengah lirik lagu.

Namun jika kita lihat dari segi muziknya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur rock, heavy metal dsb.

Mengenang kembali pada zaman bujang dulu, memang saya diantara penggemar muzik heavy metal & rock tapi alhamdulillah masih lagi berupaya membezakan daripada perkara-perkara yg membawa kepa...
8 comments
Share this post

Comments (8)
azlia
setuju dgn pendapat mirza...

apapun kita kembali kpd asal...

perlu nilai semula tujuan kita dijadikan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...

Remaja adalah satu peringkat di mana sebenarnya mereka tidak tahu apa yang mereka inginkan dan tidak pula mahu mengikut saranan orang2 dewasa/tua...

Dengan itu remaja mudah terikut dengan sesuatu budaya yang dirasakan sesuai dgn keinginan mereka walaupun ia meyalahi undang2 dunia dan agama....

Sebab itu, sedari kecil anak2 mestilah dididik dgn ajaran Islam yang sebenar2nya..

Klau anak2 dari kecil telah diajar berpakaian seksi, mendengar muzik etc... jangan kita pula nak salahkan mereka apabila telah dewasa kelak mereka tidak berpakaian dan memuja muzik itu lebih dari sepatutnya...

wallahu'alam....

JaGa DiRi HiaSi PeRibaDi
------------
Akhlak itu cermin keperibadian
http://www.semarakmas.com/e-kedai
20 years
sausan
Remaja dikatakan berada di 2 jalan persimpangan, iaitu mereka boleh memilih untuk berada di landasan sempurna atau sebaliknya. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecapi kejayaan manakala yang tersilap langkah akan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Persimpangan jalan disini bermaksud remaja berada di ambang alam dewasa dan dia perlu membuat pilihan untuk masa depannya

"Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
leeza
tak keterlaluan kalau saya kata, kebanyakkan remaja skang ni lebih suka berseronok- seronok dan bersukaria saja tanpa mempedulikan apa kesannya dikemudiann hari,yang penting ENJOYY!pada mereka, mereka ingin bebass..buat apa mrk nak buat sesuka hati, tiada siapa boleh tegur- (mcm takde pegangan agama aje..) perkara2 negatif mmg cepat sangat nak di ikut! dan sebaliknya.

ermmm..semua org menuding jari antara satu sama lain.. saya rase semua pihak patut memainkan peranan, mungkin sistem pendidikan dalam pelajaran agama Islam khasnya, tidak mencapai matlamat-perlu dilihat n dikaji semula, mungkin juga masyarakat sekarang yg mengamalkan 'lantak ngkolah nak jadi apa", "jgn jaga tepi kain org.." dan " biarlah..." menyebabkan mrk lagi seronok- sikap inilah yg patut di kikis dalam hal2 menjaga nilai2 murni, maruah dan budaya melayu itu sendiri.., mungkin juga ibubapa terlalu memuakan anak2 mrk atau tiada masa utk anak menyebabkan mrk terbiar dan naik kepala..

dan akhir sekali remaja itu sendiri yang mungkin terpengaruh dgn kwn2, tiada matlamat hidup dan sbgnya. banyak lagi kemungkinan2 yg mendorong perlakuan remaja skang ini, tapi tu lah, apa yg kite mampu buat??



KaWaN tak Selamanya menjadi KaWaN, MuSuh tak Selamanya menjadi MusUh?
20 years
en. dzul
remaja ialah zaman perubahan kearah kematangan.... budak baru nak naik.... sedang tercari2 identiti sendiri.... yang mana dia rasa syok dia ikutla
20 years
mirzamohd
salam semua....

kembali ke asal...

maksudnya kembali ke fitrah kejadian manusia.....

tidak AKU jadikan Jin & Manusia melainkan untuk beribadat yakni menyembahKU....

cerita black metal, white metal dsbnya adalah salah satu dari banyak elemen-elemen yg membawa kita 'hanyut' jauh dari jalan kembali..... black metal dsbnya hanya penyebab.....

pokok pangkalnya adalah diri kita....

adakah kita sedar? separuh sedar? atau tidak sedar lansung?....akan tugas amanah serta tanggungjawab di muka bumi ini?....

berhibur?....dibolehkan..asal ianya tidak terkeluar dari batas-batas yg ditetapkan....

oleh kerana manusia ini selalu engkar... apa yg ada dalam al-quran pun tak mahu ikut....maka kena buat undang-undang sivil....undang-undang Allah pun langgar...inikan pula undang-undang sivil....

lalai...melalaikan.....terlalai......???

khayal...mengkayalkan....terkhayal...???

apa kerja syaitan???...menyesatkan, melalaikan......

ingat lagu 666 the number of the beast?... masa tu depa panggil heavy metal......

jangan lupa....kerana syaitan tidak pernah tidur untuk menyesatkan kita.....

wallah huaklam...

wasalam...

AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com
20 years
Mami Ros
Kembali kepada hakikat hidup,

siapa sebenarnya yang merubah hidup kita, adakah diri kita atau yang mencipta kita...

DIA mencipta kita untuk menyembahNya bukan menyekutuNya dan bukan membuangNya... jadi sebagai manusia yang diberi kelebihan dengan akal yang sempurna cukup sempurna dengan pancainderanya sepatutnya tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Keseronokan memang satu nikmat yang payah diungkap melainkan melaluinya. Apa adakah dengan melaluinya , kita dikira telah bebas dari segalanya mengalahkan burung yang berterbangan di angkasa namun masih sempat bertasbih pada kebesaran Allah.

Hanya dengan berfikir dengan waras , kita mampu mengubah haluan hidup kita...



Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
20 years
HISHAM
remaja sekarang ingin mencari identiti mereka yang bebas dan tidak terkawal dengan pelbagai aturan yang membosankan



RUGBY RUGGER'S RUGGED
20 years
wannor
Assalamualaikum Nash dan warga myMasjid,

Pada pendapt saya, remaja masa kini sangat terpengaruh dengan budaya kuning ini sebab aliran masuk maklumat tentang hiburan khususnya melalui media massaseolah-oleh tiada hadnya. Memang sifat semulajadi manusia akan mudah terikut-ikut dengan sesuatu perkara dan perlakuan yang baru (biasanya menjurus kepada perkara2 yang berbeza dengan adat dan budaya sendiri dan biasanya yang boleh membawa kepada unsur negative dan maksiat).

Saya juga akui bahawa saya sebelum ini juga pernah menuntut di sekolah convent yang sememang bersebelahan dengan gereja. Tetapi pada zaman itu (80an) agenda hiburan tidaklah seteruk zaman sekarang.Dahulu tak de kita sibuk2 dengan internet ni. Sekarang....semua maklumat ada didepan mata malah ada dalam genggaman(handphone).It's a borderless world.

Memang mereka mencari kelainan kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai.Mungkin mereka merasakan mereka tidak mempunyai apa2 kelebihan dan keistimewaan diri untuk dibanggakan, lalu mereka mencari jalan pintas untuk itu. Secara tak langsung, isu black metal yang dulunya senyap kini bersemarak semula.

Sekali lagi ingin saya tekan bahawa, tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sendiri dan tiada kena-mengena dengan orang lain. Kesimpulan yang boleh saya buat, adalah tidak adil menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas pundak ibubapa semata2. Masyarakat sekeliling dan pemerintah (kerajaan) juga mempunyai peranan yg sangat besar dalam hal ini. Kerajaan mempunyai kuasa dan mampu mengubahnya. wallahu'alam.
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.