Assalamualaikum Warga MyMasjid,
Kita bertemu lagi dengan menyambung perbincangan berdasarkan pada tajuk sebelum ini iaitu 'Penyamarataan dalam beragama'.
Apa yang saya maksudkan dengan menuju penyelewengan aqidah ini ialah di mana terbitnya unsur-unsur untuk menyelewengkan aqidah Islamiah itu dan bagaimana ia bermula. Salah satunya adalah melalui pemakanan.Malah banyak lagi cara aqidah Islam cuba diselewengkan.
Saya ambil dari satu sumber yang paling asas iaitu pemakanan kerana ia telah...
Assalamualaikum Warga MyMasjid,
Kita bertemu lagi dengan menyambung perbincangan berdasarkan pada tajuk sebelum ini iaitu 'Penyamarataan dalam beragama'.
Apa yang saya maksudkan dengan menuju penyelewengan aqidah ini ialah di mana terbitnya unsur-unsur untuk menyelewengkan aqidah Islamiah itu dan bagaimana ia bermula. Salah satunya adalah melalui pemakanan.Malah banyak lagi cara aqidah Islam cuba diselewengkan.
Saya ambil dari satu sumber yang paling asas iaitu pemakanan kerana ia telah menjadi trend masa kini dimana bangsa asing telah menggunakan kaedah ini dan ianya amat berkesan malah mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Memang isu ini agak sensitif, tetapi ianya adalah kenyataan yang perlu diambil perhatian.
Saya ingin mengambil 2 contoh kejadian yang berlaku (samada anda pernah mendengarnya atau belum).
- Seorang pemuda islam bernama Salleh yang berasal dari kedah. Bekerja sebagai penanam padi dan ingin mencari pekerjaan yang lebih mendatangkan keuntungan. Beliau telah berhijrah ke Singapura dengan bekerja sebagai kontraktor binaan. Tinggal bersama rakan2 di dalam kongsi yang disediakan oleh majikan berserta teman2 dari negara Indonesia.
Bermula dengan perkenalan dan hubungan yang mesra diantara rakan2, Salleh kelihatan sentiasa bersama dengan rakan2 Indonnya ketika masa cuti. Sehinggalah pada suatu hari, Salleh mengikut rakan2nya ke gereja.Pada masa itu,, barulah dia sedar bahawa rakan2nya bukan beragama Islam. (Tapi apa yang nak dihairankan, sebab Salleh sendiri tidak pernah mendirikan solat semasa tinggal sebilik dgn mereka.)Ini menunjukkan bahawa perbezaan seorang Islam dengan bukan Islam ialah solat.
Semasa berada di gereja, Salleh mendapat layanan yang istimewa lebih daripada penganut agama Kristian itu sendiri.Dia menjadi tertarik hati lalu diberikan segala kelengkapan seperti tempat tinggal yg lebih selesa, makan minum dan bantuan kewangan.
Diringkaskan cerita, Salleh akhirnya telah murtad dan memeluk agama Kristian.Hasil daripada makan minum tersebut, segala kalimah Allah telah hilang dari fikiran dan hatinya. Sehinggalah 20 thn kemudian, dia teringat2 seolah2 dia pernah beragama Islam.Lalu beliau kembali semula ke Kedah dan melafazkan syahadah.
Kisah kedua, kejadian yang berlaku minggu lepas berdekatan dengan rumah saya. Berlaku pada seorang gadis melayu berusia 19 tahun.Beliau telah meracau@histeria pada waktu solat asar dan kembali pulih apabila masuk waktu maghrib.Malangnya, lepas waktu isya' histerianya kembali.Menjerit melolong sambil bercakap dalam bahasa tamil.Seorang pengamal perubatan Islam telah dipaggil dan apabila ditanya berulangkali, beliau mengaku bahawa dia mempunyai seorang teman lelaki beragama hindu.Kejadian meracau ini berlaku setelah beliau makan minum di rumah 'pak wenya' itu.Semasa proses mengubatinya, datang beberapa orang hindu(ahli keluarga pak wenya) untuk mengambil gadis tersebut ke rumah mereka.Berlaku pertengkaran dengan keluarga gadis tersebut.Hasilnya,geng hindu telah memberi amaran bahawa perkara ini tidak selesai di situ sahaja.Dendam kesumat mereka tetap ada kerana mereka mendakwa bahawa kawasan ini(tempat tinggal gadis tersebut yang terletak disebuah taman perumahan - dirahsiakan) adalah kawasan mereka.
Isu ini semakin hangat apabila dikaitkan dengan kes arwah Moorthy baru-baru ini.
Akhir kata, berwaspadalah dengan senario yang semakin menggila dan kritikal ini.Walaupun tidak war-warkan secara meluas didalam media massa.Wallahu'alam.
Asis akan komen isu ini.
Apasal pmpuan tu gila kat balak hindu...
itulah wahana khusyuk tengok filem hindu......