Sebagaimana yang kita semua tahu, biasanya dan sepatutnyalah...sebagai seorang Islam, kita memulakan sesuatu pekerjaan dan perbuatan dengan mengucap kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'.Tahu tak apa kelebihan kalimah tersebut?
Setiap kali kita hendak makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan,bersolat dan sebagainya...kita memulakan dengan Bismillah.(Walaupun kadang-kala ada juga orang yang tidak mengucap Bismillah sekurang-kurangnya apabila dengan makan dan ...
Assalamualaikum Warga MyMasjid,
Sebagaimana yang kita semua tahu, biasanya dan sepatutnyalah...sebagai seorang Islam, kita memulakan sesuatu pekerjaan dan perbuatan dengan mengucap kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'.Tahu tak apa kelebihan kalimah tersebut?
Setiap kali kita hendak makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan,bersolat dan sebagainya...kita memulakan dengan Bismillah.(Walaupun kadang-kala ada juga orang yang tidak mengucap Bismillah sekurang-kurangnya apabila dengan makan dan minum). Tapi jangan pula mengucapkan kalimah Bismillah apabila dengan melakukan sesuatu perkara yang tidak elok dan maksiat seperti mencuri,membuang air besar @ kecil, berdating sambil tangan merayap..he..he..he..tak betul lah tu!
Apa yang nak saya sampaikan di sini, Bismillah ini adalah rangkuman sifat-sifat Allah yang terdiri daripada Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan nama Allah itu sendiri. Oleh yang demikian, kalimah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Sebagai seorang Islam dan mukmin yang sejati, kita mestilah yakin dengan kalimah tersebut kerana ia merupakan pendinding daripada berlakunya kejahatan dan fitnah.
Rujuk kepada hadith R saw :"Apabila seseorang itu berkata, 'Bismillahirrahmanirrahim', maka hancurlah sayitan sepertimana meletakkan api diatas timah (timah akan lebur tetapi boleh bercantum semula walaupun bukan dalam bentuk yang asal iaitu ada kecacatan. Begitu jugalah dengan sifat syaitan)
Kata Sayyidatina Aishah r.a. :"Mana-mana insan yang apabila dia melakukan sesuatu amalan tanpa menyebut 'Bismillah', maka tidak akan ada keberkatannya iaitu tiada hubungan dengan Allah."
Daripada Attab Ibnu Jabir, dia telah berkata :"Ketika diturunkan kalimah 'Bismillah' dari langit, diam segala angin, seluruh awan berkumpul disebelah masyriq, semua laut bergelora menjadi tenang, seluruh binatang menadah telinga untuk sama-sama mendengar kalimah 'Bismillah' dan pada masa yang sama, Allah telah merejam dan melontar syaitan dengan kalimah tersebut.Allah juga telah bersumpah bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan menyebut 'Bismillah' ada keberkatannya."
Kata Ibnu Mas'ud r.a:"Untuk hancurkan syaitan ialah dengan zikrullah"
(Oleh yang demikian, rumah kita tidak boleh sunyi daripada zikrullah kerana disana ada syaitan yang bersembunyi)
Dan sabda R saw :"Dan tidak tertolak sesuatu doa itu dengan 'Bismillah'."
Disamping itu juga, dengan kalimah 'Bismillah', ia boleh:
1. mengkayakan bagi mereka yang papa *. (*Papa bukan sekadar miskin harta tetapi tiada ketenangan jiwa. Dan sifat papa ini boleh terjadi disebabkan oleh 3 perkara iaitu membela binatang secara seekor sahaja didalam sangkar/kandang (as a pet), tidak memberi salam ketika masuk ke rumah sendiri dan tidur selepas solat subuh sehingga terbit matahari.
2. menutup dari masuk ke neraka
3. elakkan dari ditelan bumi (gempa bumi/tanah runtuh)
4. dijadikan seperti rupa haiwan (berperangai seperti haiwan)
5. dijauhkan daripada fitnah
Kesimpulannya, marilah kita beramal dengan kalimah Bismillah dan yakin akan kebesarannya dan keberkesanannya.Wallahu'alam.
Lafaz Bismilah juga adalah satu Zikrullah......seorang yg berzikir hidup disisi Allah,orang yg tak berzikir mati disisi Allah....walaupun hakikatnya dia hidup....
wallahualam....
wasalam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
thanks atas info tadi....
Lafaz Bismilah juga adalah satu Zikrullah......seorang yg berzikir hidup disisi Allah,orang yg tak berzikir mati disisi Allah....walaupun hakikatnya dia hidup....
wallahualam....
wasalam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.