Fenomena tanggapan masuk Islam itu "masuk melayu" di kalangan masyarakat, masih menjadi duri dalam daging kepada mereka yang baru menganut Islam atau muallaf. Apatah lagi jika yang menganggap sedemikian ialah anggota keluarga dan kawan-kawan sendiri.
Justeru pendakwah mesti mengambil pendekatan menerangkan perbezaan antara Melayu dengan Islam, kata pemuda Cina Abdul Rahim Heng Abdullah atau Heng Kun Sun, 31, dari Kampung Baru Cina, Temerloh yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu...
Fenomena tanggapan masuk Islam itu "masuk melayu" di kalangan masyarakat, masih menjadi duri dalam daging kepada mereka yang baru menganut Islam atau muallaf. Apatah lagi jika yang menganggap sedemikian ialah anggota keluarga dan kawan-kawan sendiri.
Justeru pendakwah mesti mengambil pendekatan menerangkan perbezaan antara Melayu dengan Islam, kata pemuda Cina Abdul Rahim Heng Abdullah atau Heng Kun Sun, 31, dari Kampung Baru Cina, Temerloh yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu.
“Sebenarnya masih ramai yang berpendapat bahawa masuk Islam itu seperti masuk Melayu. Sebab itu setelah memeluk Islam, ada sedikit ‘kejutan budaya’ dalam pergaulan dengan keluarga dan kawan-kawan sebangsa. Seolah-olah bila dah menganut Islam, saya bukan Cina lagiâ€, ujarnya.
Abdul Rahim anak peniaga sayur di Temerloh, anak bongsu daripada lima beradik dan berasal dari suku Hokkien berkata: “Saya mula masuk Islam cara sembunyi-sembunyi kerana takut ayah marah. Begitu juga saya sembunyikan dari kawan-kawan sebab pada pendapat mereka, masuk Islam itu bermakna masuk Melayu. Pada fahaman mereka saya sudah keluar dari bangsa dan budaya hidup Cina. Walhal Islam itu mengajar persaudaraan dan hubungan dengan ibu-bapa serta keluarga tidak putusâ€, katanya yang kini belajar agama sepenuh masa di pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Mengimbas kembali bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, beliau yang merupakan ahli Persatuan Cina-Islam daerah Temerloh itu menjelaskan dia mendapat ilham setelah mendengar penerangan dari bapa angkatnya seorang Melayu yang digelarnya Pakcik Mat.
“Setiap hari bila bertemu dia selalu bertanya tentang agama yang saya anuti. Dia juga menerangkan bahawa penduduk di China lebih awal menerima Islam dan jumlahnya kini lebih ramai daripada penduduk Malaysia sendiri. Sejak itu beberapa kali saya tidur di rumahnya dan gemar berdialog. Saya memerhati dan mengkagumi cara hidupnyaâ€.
“Apabila Pakcik Mat menerangkan segala-galanya saban hari, akhirnya hati saya terbuka untuk menganut Islam. Pakcik Mat pun bawa saya ke pejabat agama dan saya masuk Islam di Pejabat Agama Daerah Temerloh. Bila keluarga tahu tentang pengislaman saya, mereka marah dan susah untuk menerima. Begitu juga dengan kawan-kawanâ€.
“Macam saya kata tadilah, anggapan mereka masuk Islam ini seolah-olah masuk Melayu. Sukar sungguh saya nak memperjelaskan kepada mereka. Namun saya tetap menjaga hubungan dengan mereka terutama ayah, emak dan adik beradik. Saya tetap membantu bapa berniaga. Saya selalu katakan jangan bencikan dan saya tetap sayangkan mereka. Ayah dan emak tetap ayah dan emak saya..â€, katanya yang agak fasih berbahasa Melayu.
Baginya tidak syak lagi, seseorang yang baru memeluk Islam memerlukan kekuatan semangat dan ketahanan diri bagi menempuh ‘kejutan budaya’ dalam pergaulan dan kehidupan berkeluarga. Untungnya masa bersekolah, beliau memiliki ramai rakan Melayu, jadi kini tidak berasa janggal untuk bergaul dan hidup dengan orang Melayu selepas memeluk Islam.
Baginya juga selepas memeluk Islam, seseorang amat perlu menuntut ilmu. Sebab itulah beliau pergi mangaji di pondok Lubuk Tapah. Melalui Persatuan Cina-Islam daerah Temerloh, beliau membawa 10 orang lagi Cina muslim dari daerah Temerloh belajar di sana.
Abdul Rahim mempunyai rancangannya bersama persatuan iaitu membawa saudara baru pergi belajar agama bagi mempersiap dan memperkuatkan diri masing-masing. Untuk membiayai usaha dan tujuan itu, beliau menjalankan kutipan derma.
“Ilmu amat penting, saya selalu kumpulkan kawan-kawan lama dan berdialog dengan mereka tentang Islam. Bagi yang telah Islam, kami bawa belajar bagi memperdalamkan lagi ilmu. Untuk bergerak dan berdakwah seperti ini memerlukan wang. Saya kumpulkan sumbangan dari para dermawanâ€.
â€Perjalanan saya bersama persatuan masih jauh. Namun doakanlah agar usaha ini berterusan dan berjayaâ€, tegasnya.
Abdul Rahim menyarankan, Jabatan Agama Islam sepatutnya lebih bertanggungjawap mendidik dan mengajar mereka yang baru menganut Islam atau menyediakan perbelanjaan untuk mereka yang ingin belajar agama.
“Ramai Cina masuk Islam, tapi mengadu susah. Ramai yang masuk tapi lemah dari sudut pendidikan seterusnya. Ada kawan Cina dari Johor yang sama mengaji di Lubuk Tapah beritahu, mereka mendapat bantuan dari Baitumal dan kebajikan mereka dijaga. Sedangkan kami yang dari Pahang tak dapatâ€.
Abdul Rahim berkata, pernah pergi ke rumah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz dan memuji beliau seorang yang baik dan suka meraikan muallaf. Beliau juga pernah berjumpa dengan Menteri Besar Pahang untuk memohon bantuan belajar. Namun tidak dapat apa yang dihajatkan.
Abdul Rahim yang cacat kaki sebelah kanannya sejak kecil, memerlukan bantuan kewangan untuk mendapatkan kaki palsu. Menurutnya sesiapa yang sudi menyumbang, bolehlah memasukkan wang ke akaun:
ABDUL RAHIM ABDULLAH @ HENG KUN SUN.
Nombor akaun: 06400-29-00027961-3 (BSN Temerloh)
Atau boleh mengubungi beliau di talian: 0137073133.
"SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA ..."
lg pun tak pakai jubah dan serban dan purdah daaaaaa....
p/s; ramai yg masuk Islam dari bangsa lain kat Malaysia nih sbb closed ngan Muslim Melayu......tu pasai la.......