Hati tersentuh pabila terbaca article 'kisah benar' yang di paste oleh seorang sahabat... Terasa betapa keagungan Allah s.w.t tida bandingan nya dan tiada siapa yang dapat mengubahnya...
Tergerak hati untuk berkongsi 'article berharga' ini bersama2 teman2 di MM... Hayatilah,Renungilah... Tanyalah Iman, Tanyalah Diri....
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa
yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya
tidak berm...
Assalamualaikum...
Hati tersentuh pabila terbaca article 'kisah benar' yang di paste oleh seorang sahabat... Terasa betapa keagungan Allah s.w.t tida bandingan nya dan tiada siapa yang dapat mengubahnya...
Tergerak hati untuk berkongsi 'article berharga' ini bersama2 teman2 di MM... Hayatilah,Renungilah... Tanyalah Iman, Tanyalah Diri....
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa
yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya
tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari
apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan
kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini
saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu
begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan
sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari
kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk
menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak
mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang
boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang
paling penting wanita yang amat saya percayai untuk
mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan
lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak
di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup
saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat
pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang
telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya
ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita
dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang
wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan
pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya
bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya
hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun
peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama
terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting
di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia
menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami
bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh
dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama
stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang
membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat
berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,
bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang
sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak
pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat
sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum
itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah
yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya
tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia
punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa
dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat
bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual
seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya
menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu
mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,
tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya
melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia.
Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa
bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap
itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan
dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam
siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang
memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu
dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.
Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama
yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan
perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah
saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya
kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar
dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan
baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat
bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan
kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta
agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak
terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan
bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia
bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami.
Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta
tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan
menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat
silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu
ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya
tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius
sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya
pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi
yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what
you are doing right now. I haven't heard from anyone
that love before marriage is permitted. But I know
there's no relationship between male and female except
for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are
having now and I want to hear it from your mouth that
it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what Allah has
stated as wrong and proven false by the way Rasulullah
p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come
from Allah, and you don't even have anything to defend
it as blessed if the first step you make is by
stepping into what He has prohibited. You can't have a
happy family if Allah doesn't help you so, and you
must know in every family that stands until their
dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from
the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar.
Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya
tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri.
Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil
fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan
manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai
cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali
perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang
saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya
tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya
tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk
menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi
memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari
kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like
this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia.
Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan
alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air
matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat
kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan
hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi
memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang
menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan
saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan
lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi
saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah
kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami
kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk
menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali
keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.
Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak
pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah
lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk
sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya
sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam
seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat
berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,
sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,
saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk
menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya
akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha
sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan
yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,
janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah
pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab
berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib
a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq,Jordan
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
keikHLasAn aSAs KehIduPan YaNG leBiH SeMpURna.....