kejora
kejora
20 years
1563 views

halal?

Assalamualaikum..

sekadar nak tanya pendapat..Maybe u all pnah dpt e-mel,etc ttg colgate n darlie yg takde tanda halal n ade bhn2 dr babi.So,ade hamba Allah bertanya..kalau nak dikira,byk sgt bnda bkn makanan takde tnda halal mcm sabun,etc.Bnda2 tu bukan utk di makan.Yg plg ptg tnda halal pd makanan.So,ape pdpt ahli mymasjid sekelian?
10 comments
Share this post

Comments (10)
Iffah
Sama-sama yleadh....

Jalan Menuju Bahagia itu tidak ditaburi Bunga mawar Yang Harum Tetapi Sebaliknya dipenuhi onak dan duri.
20 years
yleadh
thanks iffah..

camno rasanya agaknya yek, dok kat negara Islam tapi sentiasa penuh dgn was was.. kot kas kas tak pe le gak

"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
Iffah
Assalamualaikum..

Just nak share information.

Ifah baru saja menghadiri 'SEMINAR ON HALAL PRODUCT' yang mana ahli panelnya terdiri daripada pegawai dari kementerian perdagangan & hal ehwal pengguna, pegawai dari kfc holdings berhad , pegawai daripada persatuan pengguna islam Malaysia dan....yang 2 lagi tu lupa.

Setelah follow seminar ni selama sehari...rasanya takut plak nak membeli barangan kat malaysia ni especially makanan . Maklumlah, 90 % ekonomi negara kita telah dimonopoli kaum cina. So, bila diaorang dah monopoli ekonomi pemakanan...sedia maklum sajalah cara pembutannya.

Pegawai dari kementerian perdagangan & hal ehwal pengguna sendiri memberi peringatan kepada kami semua " tak semua makanan / barangan diMalaysia ini yang ada tanda HALAL tu adalah benar2 HALAL. So....pandai2 ler memilih barangan / makanan tersebut.

Jadinya sekarang ni seeloknya carilah yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita. Kerana makanan ini penting untuk pembentukkan akhlak kita.

Memanglah ada sesetengah pihak cakap " janji ada tanda halal, kita dah terlepas dari hukum Tuhan "

Ya, itu memang benar.Tetapi sekiranya mkanan yang ada tanda halal tu sebenarnya tak halal, kita masih tak terlepas dari segi tasawuf yang mana makanan yang masuk kedalam badan kita tu tetap haram. So,kalau dah benda haram masuk dalam badan ....ibadah kita pun jadi tak khusyuk. Kita semakin hari semakin jauh dengan Tuhan Kemanisan Ibadah pun tak dapat kita kecapi.

Seboleh-bolehnya berhati-hatilah.Semoga Allah membantu kita semua didalm mencari barangan / makanan yang halal.Amin.

#Untuk pengetahuan semua kat sini ada beberapa barangan yanag ada tanda halal dan terjamin kesuciannya :

Sabun :

Pureen

Syaza

Ubat gigi :

Mukmin

Hala gel (Melayu)

Sureco (Melayu)

Najwa

Safi

Minyak masak :

Saji ( ni felda punya, org melayu buat)

Skin care ( Kosmetik ):

Sidratul Muntaha (Melayu)

Natifa ( Ada tanda halal tapi rasanya co.cina )

Safi

Shurah

Jalan Menuju Bahagia itu tidak ditaburi Bunga mawar Yang Harum Tetapi Sebaliknya dipenuhi onak dan duri.
20 years
kejora
huhu..
20 years
Asis the Gladiator
Wahai mami ku yang slim lagi ramping...

asis yang gagah ini bersetuju dengan mami....

seperti kata pepatah

bahasa menunjukan bangsa

bangsa menunjukan budaya

budaya menunjukan agama

agama menunjukan.......

tolong sambung.......
20 years
One_na..NaWaRaSaRuSi
mmg skrang ni byk dah jenama barangan yang bertulisan siam... ke tah ape tah.... aper pun.. betul la kater mami/AM tu ... byk lagi barangan lain yang mungkin jenamanya kurang 'glamer' tp boleh di gunakan tanpa was-was.... hehehe ...

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....
20 years
Anak Melaka
banyak lagi barangan yang halal dimakan dan digunakan. kalau ragu-ragu / was-was......tinggalkan aje.

Impianku tetap direalisasi untuk jadi Usahawan yang berjaya...
20 years
kejora
:)..begitu fikrahnya..terima kasih..
20 years
Mami Ros
Berebangalah dengan bahasa inbunda cukup cantek dan lembut andainya lengkap ejaannya.

pembetulan...

** Berbanggalah dengan bahasa ibunda

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....
20 years
Mami Ros
...kejora.

Pertama sekali nak tanya, kenapa orang orang muda sekarang suka sangat pendekkan perkataan sehingga payah nak disebut dan kekadang jadi keliru.

Indahnya bahasa melayu , cukup lengkap dengan setiap bait perkataannya, kenapa mesti dipendekkan. kalau nak anto sms, yalaa.. dimaafkan...tapi ini kan forum yang mana seluruh dunia yang melayari forum ini membacanya. Alangkah sedihnya kalau bahasa ibunda di pendek pendekkan. Berebangalah dengan bahasa inbunda cukup cantek dan lembut andainya lengkap ejaannya.

Mami mohon maaf.. ...kerana mami rasa mami berhak menegur demi memertabatkan bahasa melayu.

Kalau nak diikutkan, semua barangan perlu kita saring/samaq dulu sebelum digunakan.. baik sayur2an atau buah2an atau periok belanga yang baru dibeli...

namun Islam itu mudah dan indah, diberi beberapa kelonggaran dalam melaksanakannya.

Usah kita pertikai benda benda yang kecil ini, yang paling penting sekarang ini, makanan yang halal yang patut diisi yang masuk dalam perut, dengan air tangan ibu/isteri.. kerana ibu/isteri atau sesiapa saja yang masak, pasti akan menyebut dengan nama Allah dulu... itu kalau kita g makan kedai melayu laaa.

Kalau kita tidak yakin, carilah barangan buatan orang orang Islam.. kan itu lebih afdal dari kita dok pertikaian jenama itu dan ini.

banyak jenama di luar sana yang maasih boleh digunakan tanpa was was.

Mohon maaf sekali lagi..

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.