10 orang yang solatnya tidak diterima oleh
| Allah SWT
||
|Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
|"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
|petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat
|maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi
|petunjuk dan jalan selamat baginya".
|
|Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:
|"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
|
| 1.Orang lelaki yang...
10 orang yang solatnya tidak diterima oleh
| Allah SWT
||
|Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
|"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
|petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat
|maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi
|petunjuk dan jalan selamat baginya".
|
|Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:
|"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
|
| 1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
| sesuatu.
| 2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
| mengeluarkan zakat.
| 3.Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya
| (taubat).
| 4.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang
| menjadi makmum membencinya.
| 5.Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah.
| 6.Orang perempuan yang suaminya marah/menegur
| kepadanya lalu si isteri memberontak.
| 7.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta
| menganiaya.
| 8.Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
| 9.Orang yang suka makan riba.
| 10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
| melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
|
| Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
|
| "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan
| daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
|sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah
|SWT dan jauh dari Allah SWT."
|
| Timbangkan segalanya dengan ilmu dan
| muzakarah bukan dengan kejian dan
| mujadalah. Nilailah sesuatu daripada
| pandangan semua sudut.
|
|"Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan
|perbuatan baik; mereka akan mendapat keampunan dan pahala yang besar."
|
| (Al-Maidah: 9)
"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"
Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...