"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dpd. segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kpd. Allah (dgn. sebenar-benar iman)." [Surah Ali Imran: 110]
Di dalam ayat ini Allah (SWT) memaklumkan bahawa kita adalah umat terbaik di kalangan umat manusia. Tetapi apabila diperhatikan realiti umat Islam hari ini, khususnya realiti belia Is...
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dpd. segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kpd. Allah (dgn. sebenar-benar iman)." [Surah Ali Imran: 110]
Di dalam ayat ini Allah (SWT) memaklumkan bahawa kita adalah umat terbaik di kalangan umat manusia. Tetapi apabila diperhatikan realiti umat Islam hari ini, khususnya realiti belia Islam, kita lalu terfikir, "mana mungkin inilah umat terbaik yg. dilahirkan utk seluruh umat manusia?" Penglibatan belia Islam dlm budaya tak bermoral, samseng dan dadah menyebabkan masyarakat tidak nampak perbezaan antara belia Islam dan belia bukan Islam.
Perlu kita perhatikan bahawa belia Islam pada masa lampau adalah pemimpin, bukannya pengikut org. kafir sebagaimana yang kita lihat hari ini. Perlu juga kita fahami bahawa belia Islam mempunyai potensi utk menjadi pemimpin umat manusia sekali lagi.
Sebhg. belia Islam hari ini telah terputus hubungan dgn. akar umbi mereka, iaitu Islam dan sejarah Islam. Lebih malang lagi, mereka lebih mengenali dan mencontohi model personaliti Barat dpd mengenali tokoh2 agung dlm peradaban manusia, para sahabat Nabi dan golongan terdahulu yg lain.
Terdpt pelbagai kumpulan dan 'gang' yg wujud di kalangan belia hari ini. Ada yg meniru bintang hip-hop dan berlagak spt samseng, ke sana ke mari dgn megah, menuturkan bahasa kesat, mengambil dadah dan terlibat dlm jenayah demi mengikut trend semasa. Ada juga yg memenuhi kelab malam dan beraksi spt binatang, seolah2 perbuatan mereka tidak akan dihisab suatu masa nanti. Memiliki pasangan istimewa telah menjadi kebiasaan, hinggakan seseorg yg tidak mempunyai teman istimewa atau sekurang-kurangnya cuba mendptkan teman akan kelihatan janggal. Membuang masa menjadi kegemaran: kebiasaannya masa diisi dgn muzik, permainan komputer, menonton wayang dan melepak. Anal-anak memberontak thdp ibu bapa sehinggakan ibu bapa dianggap org asing. Anak-anak berasa lebih selesa berada disekeliling kawan2 dpd bersama darah daging mereka sendiri.
Belia Islam yg menjadi sebhg masyarakat belajar berfikir dan bertindak den cara yg berbeza dari Islam kerana mereka terus menerus dihujani oleh budaya Barat melalui tv, di sekolah dan persekitaran.
Kebanyakan belia bukan sahaja mengagungkan samseng, bintang pop, pelakon, personaliti sukan malahan watak fiksyen. Jika kita berikan dua senarai nama kpd belia Islam kini dan menanyakan apa yg mereka tahu tentang nama-nama di dlm senarai itu, bagaimanakah jawapannya:
Senarai 2: Ja'far bin Abi Talib, Abdullah bin Mas'ud bin Umar, Zubair bin Al-Awwam, Khalid bin Walid, Asma binti Abu Bakr, Zaid bin Thabit, Usamah bin Zaid, Muhammad al-Fatih, Tariq bin Ziyad.
Malangnya, pengetahuan mereka mengenai ahli-ahli senarai pertama jauh lebih luas berbanding ahli-ahli senarai kedua. Malah ada yang memuja ahli senarai pertama, meskipun mereka adalah org kafir yg mengikut jalan syaitan dan menyerukan keruntuhan akhlak.
Sepatutnya, belia Islam harus memuliakan dan mengambil teladan dari org yg lebih layak dicontohi. Mereka perlulah mengambil tahu tentang org2 Islam yg suatu masa dahulu adalah pemimpin umat manusia.
Langkah-langkah Praktikal Bagi Belia utk Berubah:
Langkah2 praktikal ini adalah sbg satu nasihat kpd belia Islam. Bagi mereka yg belum mengamalkan Islam, insyaAllah nasihat ini akan membantu mereka utk mula mengamalkannya. Bagi yg memang mengamalkan Islam pula, nasihat ini dapat mendorong mereka utk lebih mendekatkan diri kpd Allah SWT.
1) Mendidik diri tentang Islam
"Menuntut ilmu itu kefardhuan atas setiap Muslim" [Ibnu Majah]
Kita semua mestilah berterusan mencari ilmu Islam, kerana inilah perkara yg paling penting dlm hidup ini. Oleh itu perlulah kita memahami akidah (kepercayaan) Islam. Berbeza dgn apa yg d fhami oleh seetengan belia, kita hendaklah menyelidik dan mempersoal, bukannya bertaklid dan menerima sahaja secara membabi-buta. Kepercayaan thdp Islam diperoleh dgn cara berfikir. Ibnu Abbas, salah seorg sahabat berkata, "Cahaya Iman ialah berfikir.'
2) Mengingati balasan Akhirat (kiamat) ke atas setiap perbuatan
Seorg Islam mestilah mengaitkan tindakannya dgn akibat, ganjaran dan seksaan pada hari kemudian. Dia perlulah membayangkan balasan yg akan diterimanya walaupun baru memikirkan utk melakukan perbuatan yang di tegaj. Kesedaran tentang wujudnya Allah SWT dan hari akhirat akan menjadi perisai yg menjaga kita dari melakukan dosa dan mengalakkan kita utk mendapatkan pahala.
Jika kita terfikir utk memberontak thdp. ibu bapa kita dgn cara yg haram, wajarlah kita mengetahui apa yg. dikatakan oleh Rasulullah SAW ttg hal ini.
Hadis Anas bin Malik r.a.: Nabi s.a.w. pernah menceritakan ttg dosa2 bear. Baginda bersabda "Menyekutukan Allah, mengherdik kedua2 ibu-bapa, membunuh dan berkata dgn kata2 palsu" [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Juga, Abi Bakrah Nufay bin Al-Harith berkata,
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. baginda telah bersabda: "Mahukah aku ceritakan kpd kamu sebesar2 dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata2 palsu." Semasa Rasulullah bersabda, baginda sdg bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut: [Riwayat Muslim]
Jika kita terfikir utk meninggalkan sembahyang, wajarlah kita ingati bahawa Rasulullah s.a.w. menyamakan perbuatan meninggalkan sembahyang itu dgn kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w. ,
"Perjanjian antara kita dan mereka ialah sembahyang, maka sesiapa yg meninggalkan sembahyang, dia telah melakukan perbuatan kufur" [Musnad Ahmad]
Jika kita teringin utk mengambil bhn yg memabukkan atau mengkhayalkan spt alkohol atau arak sama ada banyak mahupun sedikit, ingatlah amaran Rasulullah saw., dari Jabir:
"Setiap yang memabukkan itu haram, apa saja yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram" [An-Nawawi]
Rasulullah saw. juga bersabda,
"Bahan memabukkan itu adalah ibu segala kejahatan. Sesiapa meminumnya, sembahyangnya tidak diterima Allah selama 40 hari. Jika dia mati sedangkan terdpt arak didlm perutnya, dia mati dlm jahiliyah."
3) Persekitaran yang baik
Berada dlm satu persekitaran yg baik adalah penting bagi seorg Islam utk membolehkannya menjauhi godaan syaitan. Suasana yg wujud di kalangan belia kita hari ini sangat teruk dan dikuasai oleh dadah, alkohol, muzik ganas dan percampuran bebas dgn lawan jantina. Bahan2 perbincangan selalunya berkisar pada lawan jantina, muzik, tv, wayang, permainan komputer dan seumpamanya. Jarang sekali kedengaran perbincangan yang serius ttg kehidupan.
Abu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda,
Dpd. Nabi saw baginda bersabd "Sesungguhnya perumpamaan berkawan dgn org yg soleh dan berkawan dgn orang yg jahat adalah spt seseorg yg membawa minyak wangi dan seseorg yg meniup dapur tukang besi. Orang yg membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendpt bau yg harum darinya. Manakala org yg meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendpt bau yang tidak elok." [Riwayat Bukhari Jld 3 No. 314 dan Muslim]
Kita mesti sedar bahawa kawan2 kita di dunia akan menjadi kawan2 kita di akhirat. Makna persahabatan sejati ialah dgn tidak membiarkan si sahabat menghampiri neraka dan membantunya mendekati syurga. Kadangkala, org yg disangka sahabat terbaik boleh jadi sebenarnya adalah musuh terbesar jika dia membawa kpd kemurkaan Allah (SWT).
4) Berdakwah kpd orang lain
Dlm mempelajari Islam, kita juga mesti menyampaikannya kpd org lain. Rasulullah saw bersabda,
"Sampaikan apa yang dariku walaupun sepotong ayat."
Kebanyakan sahabat mendakwahkan Islam sebaik sahaja mereka memeluk Islam meskipun pengetahuan mereka sangat sedikit. Menyampaikan Islam kpd org lain, menyuruh yg baik dan mencegah yg mungkar adalah satu kewajipan. Hakikatnya, perkara ini akan menjadikan kita lebih berhati-hati dlm tindakan kita.
5) Mengamalkan Islam bukanlah bererti menjadi robot
Terdpt salah faham bahawa apabila seseorg mengamalkan Islam bermakna ia bertukar menjadi robot atau biarawan dan tidak merasai sebarang keseronokan. Sedangkan Islam membenarkan kita menikmati keseronokan dan beristirahat selagi ia berlandaskan hukum syara' dan tidak melalaikan kita dari mentaati Allah (SWT)
Rasulullah saw beristirahat dgn para Sahabat dan isteri-isterinya. Malah Rasulullah saw membenarkan pelbagai jenis sukan seperti memanah. Sabda baginda, "Wajarlah kamu berlatih memanah kerana ia adalah sebaik2 hiburan."
Walau bagaimanapun, kita hendaklah berhati-hati supaya tidak melampau dlm berhibur dan beristirahat spt yg dilakukan oleh org kafir.
Ibnu Abbas meriwayatkan: Rasulullah saw mengkhabarkan,
"Ada dua nikmat yang sering dilepaskan oleh manusia: (iaitu) kesihatan dan masa berlapang utk melakukan kebaikan."
[Riwayat Bukhari]
p.s. artikel dari Forum Gejala Sosial: "Menyingkap rahsia dan potensi Islam di abad ke 21" [24 Sept 2005 BBB] - utk. renungan & penghayatan dlm membina harapan yang sama utk menjadi insan kamil & tawadduk.
"berhati-hati dengan air tenang... macam-macam bolih terjadi, tetapi dekatilah orang tenang...sebab ada emas untuk digali".
Allah's Apostlesaid,"The best of my followers are those living in my generation [i.e.my contemporaries] and then those who will follow the latter. Imran added, 'I do not remember whether he mentioned two or three generations after his generation then the Prophet added, "There will come after you, people who will bear witness without being asked to do so and will be treacherous and untrustworthy and they will vow and never fulfill their vows, and fatness will appear among them.
Imran b. Husain Sahih Bukhari 5.2
And I said, 'Whoever dies without invoking anything as a rival to Allah, will enter Paradise."' [Sahih Al Bukhari, 6/4497 (O.P.24)]
Imran b. Husain Sahih Bukhari 5.2
And I said, 'Whoever dies without invoking anything as a rival to Allah, will enter Paradise."' [Sahih Al Bukhari, 6/4497 (O.P.24)]