yleadh
yleadh
20 years
1367 views

nasihat buat anak anak

Wahai anakku,

Jika kamu merasa lemah, itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur.

Yang demikian adalah karena kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah

SWT sahaja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang2

yang dikehendaki-Nya.

Sebagaimana gelombang radio, tv atau signal telefon bimbit yang

dipancarkan dari satu antena ke segenap penjuru, maka tidak ada

seorangpun yang dapat merubahnya menjadi sesuatu yang dapat

didengar, dilihat atau dirasakan kecuali de...
6 comments
Share this post

Comments (6)
Zana.
Sahabat...

Bila Ibu bapa telah dibawa pergi

menuju pusara meninggalkan kita

baginya permata tak berguna lagi

selain doa dari anak yang tercinta



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
AZTIE
saya yang dah ketiaadaan ibu terasa sedih sangat sebab tak sempat nak balas jasanya. terasa rindunya lah pada ibu.emmmmmmmmmmmmmm sedihnya lah.oleh itu yg ada ibu sayangilah ibu anda.
20 years
salopet
......

tetibe jerk rase sedih nieeeeee....wawwwwwwwwwwwwwwww...

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
Ct Shafinah
....INI adalah satu kisah tentang Nilai kasih seorang Ibu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu- PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga

kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Jika kamu menyayangi ibumu,"forward"kanlah Email ini

kepada sahabat-sahabat anda.

1 orang-Kamu tidak sayangkan ibumuIbu kamu kecil hati!!(Dosa besar)

2-4 orang-Kamu sayang ibumu

5-9 orang-Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10 atau lebih-Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan juga semua orang!Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang baik) kamu lakukan dan murah rezeki.

Amin Amin Ya Robbal A'lamin.

Wassalam....



"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
20 years
Ct Shafinah
Assalamualaikum sahabatku...

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya

Andai saya terlupakan Tuhan

Dalam kelapangan dan kesibukan

Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya

Jangan jadi anak derhaka

Mak ayah jangan dilupa

Usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan saya

Supaya ingat pesanan guru

Bukan sekadar ingatan

Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya

Dengarlah dan bacalah AlQuran

Tika radio penuh hiburan

Tika televisyen penuh Hindustan

Tolong ingatkan saya

Dimana Islamnya zahirku

Jika aurat didedahkan

Disingkat, diketat, dijarangkan

Tolong ingatkan saya

Jadilah sahabat yang baik

Sentiasa memberi peringatan

Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya

Kalau bercinta biar keranaNya

Dalam memilih utamakan iman

Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya

Hidup ini satu kembara

Kutiplah mutiara dalam perjalanan

Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya

Diri ini milik Yang Kuasa

KepadaNya diserahkan jiwa

Segala-galaNya Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan saya...

Terima kasih wassalam..

Wat pa & ma yg telah melahir dan membesarkan siti....

Terima Kasih dan siti bertuah menjadi anak pa & ma....



"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
20 years
adeila  danealle
Thanks abang Y...

errrrr...nasihat untuk mak dan abah anak2 takde ke??....

The ultimate measure of a man is not where he stands in moment of commort, but where he stand at times of challenge and controversy....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.