Assalamu'alaikum wbt.
Satu dari 30 sebab utk. masuk syurga ialah MENTAATI SUAMI.
Suami adalah ketua keluarga. Ia wajib ditaati kecuali dalam perkara maksiat. Mentaati suami dalam perkara makruf termasuk amal saleh.
Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 124 bermaksud:
" Dan sesiapa yang mengerjakan amal saleh daripada kalangan lelaki dan wanita sedang ia beriman, maka mereka akan masuk syurga dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun ".
Daripada Abdul Rahman bin Auf ...

Daripada Abdul Rahman bin Auf katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
" Apabila seseorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, dikatakan kepadanya, masuklah syurga daripada mana-mana pintu yang kamu kehendaki ". (Riwayat Ahmad)
p/s. semoga kita semua termasuk dalam golongan ini. Amin.
"berhati-hati dengan air tenang... macam-macam bolih terjadi, tetapi dekatilah orang tenang...sebab ada emas untuk digali".