suraya
suraya
21 years
1202 Lihatan

Nisfu sya'ban (18 sep 2005)

Assalamu'alaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin

( sebaik saja masuk maghrib), 18hb September, 2005 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1426H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama set...

2 comments
Kongsi kiriman ini

Komen (2)

suhaida
Nisfu sya'ban (18 sep 2005)

suraya (23586) - 9/16/2005 9:31:43 AM/211.25.176.28

Assalamu'alaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin

( sebaik saja masuk maghrib), 18hb September, 2005 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1426H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 18 September 2005)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 18 September 2005)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin 19 September 2005)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA ISNIN 19 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH

Sampaikanlah kepada rakan-rakan kita yang lain....InsyaAllah
21 years
adeila  danealle
Terima kasih atas ingatan...

The ultimate measure of a man is not where he stands in moment of commort, but where he stand at times of challenge and controversy....
21 years
Hantar Komen
Tambah foto atau video
Bersikap hormat dan membina.