WASHINGTON 6 Sept. - Jumlah kematian akibat taufan Katrina dipercayai mencecah 10,000 orang, satu angka yang dikeluarkan setelah lapan hari puting beliung itu meranapkan New Orleans dan kawasan sekitarnya.
Walaupun angka kematian muktamad masih sukar ditentukan, Datuk Bandar New Orleans, Ray Nagin memberitahu jumlah korban malapetaka itu merupakan bilangan yang munasabah.
Beliau yang muncul dalam rancangan NBC Today semalam, nampak optimis dengan perkembangan itu berbanding hari-hari sebel...
WASHINGTON 6 Sept. - Jumlah kematian akibat taufan Katrina dipercayai mencecah 10,000 orang, satu angka yang dikeluarkan setelah lapan hari puting beliung itu meranapkan New Orleans dan kawasan sekitarnya.
Walaupun angka kematian muktamad masih sukar ditentukan, Datuk Bandar New Orleans, Ray Nagin memberitahu jumlah korban malapetaka itu merupakan bilangan yang munasabah.
Beliau yang muncul dalam rancangan NBC Today semalam, nampak optimis dengan perkembangan itu berbanding hari-hari sebelum ini apabila dia membidas kerajaan persekutuan kerana lambat bertindak dan menangis teresak-esak kerana memikirkan nasib mangsa.
Setakat semalam, sebanyak 59 mayat ditemui di New Orleans dan sebanyak 100 kematian telah disahkan di Mississippi.
``Kita mencapai kemajuan pesat sekarang, momentum operasi bantuan semakin lancar. Saya mula melihat beberapa kerja kritikal disiapkan,'' kata datuk bandar itu kepada NBC.
Sementara itu, masalah kesihatan semakin meruncing di kawasan bencana tetapi doktor yang menawarkan khidmat mereka untuk merawat mangsa berkata, kerenah birokrasi menghalang mereka daripada berbuat demikian.
Jika berminat mengetahui selanjutnya, sila klik http://villailhami.blogspot.com
Abu Hurayrah r.a -Sahih Muslim 2002
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.