Bukan itu sahaja, mereka menganggap jasad dan roh itu terpisah. Kehidupan praktis amat berbeza dengan idealisma. Itu semua berpunca dari memisahkan agama dan dunia, memisahkan antara hidup dan mati, memisahkan amal untuk dunia dan amal untuk akhirat. Dunia lain, akhirat lain kata mereka.
Sebenarnya, itulah rahsia keseksaan jiwa yang menghimpit manusia sejak lama dahulu; malah,
menjadi punca kerisauan manusia di zaman moden ini. Semakin negara maju, semakin rama...
Sambungan (Bahagian II)
Bukan itu sahaja, mereka menganggap jasad dan roh itu terpisah. Kehidupan praktis amat berbeza dengan idealisma. Itu semua berpunca dari memisahkan agama dan dunia, memisahkan antara hidup dan mati, memisahkan amal untuk dunia dan amal untuk akhirat. Dunia lain, akhirat lain kata mereka.
Sebenarnya, itulah rahsia keseksaan jiwa yang menghimpit manusia sejak lama dahulu; malah,
menjadi punca kerisauan manusia di zaman moden ini. Semakin negara maju, semakin ramai mereka yang terkena histeria, gila, mendapat tekana jiwa, darah tinggi, kegoncangan saraf, malah membawa kepada membunuh diri. Waliyazubillah.
Sedangkan manusia itu secara fitrahnya, satu. Ia merangkumi: jasmani, rohani dan akal (roh). Ia meliputi benda dan bukan benda. Ia mengandungi nafsu, jasad dan tuntutan jiwa. Ia ada renungan dan Tasbih rohani. Ia terikat antara satu sama lain. Ia pelbagai tetapi boleh bertemu, boleh bersatu menjadi kekuatan yang paling agong di muka bumi ini.
Kita juga dapat belajar dari hadis ini. Ianya mengajar bahawa putus asa tidak ada dalam kamus hidup seorang muslim. Pekerjaan dan amal mesti berterusan sehingga beberapa saat sebelum berlakunya Kiamat.
Hadis ini juga memberi pengajaran kepada orang yang malas dan menganggur. Janganlah mensia-siakan tenaga muda kamu. Berkerjalah dalam bidang apa juapun; Keilmuan, perindustrian, atau kerja tangan, perniagaan, politik atau lapangan berfikir. Teruskanlah kerja anda. Jangan hiraukan orang berkata: "Apakah nilai kerja itu?" " Apa yang boleh kita capai dengan menabur benih pada saat hari Kiamat hampir tiba?" Bukan kerja anda untuk menentukan hasil usaha anda. Anda hanyalah perlu berkerja dan berusaha. Hasilnya Allah S.W.T. yang akan menentukan.
Taburlah benih dan berdoa kepada Allah S.W.T. Ketika itu anda telah meletakkan benih kena pada tempatnya. Anda telah menunaikan janji anda kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan memelihara anda. Bukan kerja anda untuk bertanya,
"Bilakah tanaman itu akan berbuah?" Anda tidak boleh mengubah "QADAR" dan anda juga tidak tahu tentang ilmu ghaib. Anda hanyalah makhluk Allah S.W.T. yang hidup bergerak, ada kekuatan dan ada tempat dalam sejarah. Berdoalah kepadaNya setelah berkerja dan berusaha sebaik mungkin. Dialah yang Maha Mengetahui. Yang pentingnya, anda telah meletakkannya digarisan yang benar atau sesuatu yang kena pada tempatnya.
:-0 Al-HamduLillah dalam maknanya ni merangkumi segala aspek aspek tanpa perlu banyak merepek sambil duduk sama sama makan kerepek nescaya itu memang ana cukup suspect and penuh respect :-) Wallahu'alam
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.