Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor
syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya
ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di
hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membac...
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor
syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya
ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di
hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam
lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang
lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yang
bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi - nabi serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati
syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..." Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan sihat untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa
penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu
malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan
Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan
khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan
terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-
anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari
kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka
akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang
akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya
pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah
Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa
pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan
matanya."
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat
Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai
dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara
Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta
hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng
yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan
memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan
penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke
rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat
Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada
masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah
memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah - rumah di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-
tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan
dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang
yang benar, pahala nabi - nabi juga Allah
melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan
rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang
bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya.
`Izzati