Bismillahir Rahmaa Nir Raheem
Iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh
melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam
hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul,
kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan
kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari
Akhirat dan kepercayaan kepada Qada' dan Qadar,
baik dan buruk daripada Allah s.w.t.
Iman juga disebut sebagai aqidah yang teguh
terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau
di...
Bismillahir Rahmaa Nir Raheem
Iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh
melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam
hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul,
kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan
kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari
Akhirat dan kepercayaan kepada Qada' dan Qadar,
baik dan buruk daripada Allah s.w.t.
Iman juga disebut sebagai aqidah yang teguh
terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau
dipisah-pisahkan daripada keyakinan seseorang
itu.
Pengertian iman dan akidah seperti yang disebut di
atas adalah berdasarkan kepada kenyataan
berikut:
Firman Allah SWT mafhumnya:
Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada
Taghut dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan
( tali agama) yang kukuh teguh, yang tidak akan
terombak (putus). Dan (ingatlah) , Allah maha
mendengar lagi Maha Mengetahui . (Al Baqarah :
256)
Sabda Rasullah SAW: Mafhumnya:
Iman ialah bahawa engkau beriman dengan Allah,
kepada malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-
Nya,kepada Rasul-rasul-Nya, kepada Hari Qiamat
dan hendaklah engkau beriman kepda Qadar yang
baik dan buruk. (Muslim dari Umar bin Al-Khattab)
Pengertian Iman bolehlah diambil kesimpulan
bahawa:
Tiada dikategorikan seseorang itu sebagai telah
beriman dalam erti kata beriman dengan
sebenarnya jika dia tidak menerima secara
bersungguh atau hanya mempercayai sebahagian
dari rukun iman dan menolak sebahagian yang
lain. Sesiapa yang menolak sebahagian atau
meragui sebahagian dari rukun Iman bererti dia
seolah-olah menolak keseluruhan rukun iman.
Firman Allah: Mafhumnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesiapa yang
memusuhi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu
menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin
Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab
yang ada dihadapannya (yang diturunkan
sebelumnya) serta menjadi pertunjuk dan memberi
khabar gembira kepada orang-orang beriman.
Sesiapa yang memusuhi Allah (dengan
mengingkari segala pertunjuk dan perintah-Nya)
dan memusuhi malaikat-malaikat-Nya serta rasul-
rasul-Nya,khasnya malaikat Jibril dan Mikail,
(maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana
sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-
orang yang ingkar. (Al Baqarah : 97-9
Iman dan aqidah bukan hanya sekadar percaya
kepada rukun iman, tetapi iman dan akidah mesti
lahir dalam bentuk amalan dan perbuatan. Tidak
timbul rasa keagungan, kekuasaan dan kebesaran
Allah dalam jiwa seseorang itu kalau dia tidak
mengenali sifat-sifat keagungan dan kebesaran
serta kekuasaan Allah SWT.
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Sodaqallahul Azeem.
`Izzati
"Udep Sare Mati Syahid"