Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada
manusia yang mana
pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang
dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah
Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka), ketahuilah
baha wa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT." (Diriwayatkan
oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi,
manusia yang durhaka
dan sering berbuat maksiat y...
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada
manusia yang mana
pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang
dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah
Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka), ketahuilah
baha wa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT." (Diriwayatkan
oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi,
manusia yang durhaka
dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan
pemikirannya
merasakan bahawa nikmat yang telah datang
kepadanya adalah kerana
Allah berserta dan kasih dengan perbuatan
maksiat mereka. Masih ada
juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak
dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut
jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi
bagaimana dengan ada orang
yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di
bulan Ramadhan
sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat
yang lain. Tapi, hidup
mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga.
Kenapa? Dan bagaimana pula
orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa
pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh
hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak t akut mati?
Katanya, alah, orang lain
pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.
Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit
bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman,
sebesar-besar
pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak
sombong! Secantik-cantik Nabi
Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak
sombong. Bila sampai
masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud
menyembah Allah. Manusia
istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun
berbuat maksiat, dia
merasa Allah menyayanginya. Mereka
memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal
pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta
mewah. Tak payah
beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.
Kalau dia tu sikit ibadat tentu
boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang
Allah memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan untuk
menghancurkannya. Rasullulah s.a.w
bersabda: "Apabila Allah
menghendaki untuk membinasakan semut, Allah
terbangkan semua itu
dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan
duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah
hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu,
bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila
mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila
mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun.
Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin
pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat
kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia
masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri
lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim.
Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya
menemui ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam
lubang hidungnya. Tidak ada
manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang
hartanya
sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya
dia ditenggelamkan
bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu
takbur. Jadi kalau kita
kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi
kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita
kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa
orang kafir kaya, dan orang
yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang
diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk
apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat,
masuk masjid dengan
kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik
pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang
mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah
bukan istidraj. Dan jangan pula
kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,
hidup kita mesti ada
pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan
miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk
menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari
hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah
apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan
kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu
adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk
mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
" Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta,tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa"
"Udep Sare Mati Syahid"