Oleh Hudzaifah Mohd Parid
Tanggal 21 Ogos lalu, genaplah 39 tahun peristiwa pembakaran sebahagian besar Masjid Al-Aqsa, Palestin, yang didalangi pihak Zionis yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang kemarahan dan kecaman kalangan masyarakat dunia.Tarikh ini kemudiannya dijadikan simbolik perjuangan menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin serta dijadikan Hari Al-Quds sedunia.
Isu Palestin merupakan salah satu isu kronik yang pernah disaksikan oleh manusia di dalam sejarah s...
Oleh Hudzaifah Mohd Parid
Tanggal 21 Ogos lalu, genaplah 39 tahun peristiwa pembakaran sebahagian besar Masjid Al-Aqsa, Palestin, yang didalangi pihak Zionis yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang kemarahan dan kecaman kalangan masyarakat dunia.Tarikh ini kemudiannya dijadikan simbolik perjuangan menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin serta dijadikan Hari Al-Quds sedunia.
Isu Palestin merupakan salah satu isu kronik yang pernah disaksikan oleh manusia di dalam sejarah semenjak kurun ke-19 lagi dan berpanjangan sehingga ke hari ini. Persepsi silap bahawa isu Palestin hanyalah isu melibatkan kelompok bangsa Yahudi dan Arab yang bertelingkah dalam menentukan siapakah yang lebih berhak terhadap bumi Palestin sering membawa kepada pemahaman dan penilaian yang salah oleh masyarakat antarabangsa, dek kerana disibukkan dengan simptom kepada pergolakan yang berlaku dan tidak langsung memahami punca permasalahan tersebut.
Semenjak beribu-ribu tahun yang lalu Palestin merupakan bumi bagi kaum Kan’an yang kemudiannya menjadi bangsa Arab setelah zaman Islam. Mereka merupakan penduduk asal bumi ini tanpa sebarang keraguan mengenai hak mereka sehinggalah tahun 1948, apabila sebuah entiti haram yang diberikan nama sebagai negara Israel (Bumi Israel - Erezt Yizrael) ditubuhkan. Sentimen anti-Yahudi di Eropah, peristiwa Holocaust yang dicetuskan oleh gerakan Nazisme dan dasar kolonialisasi British pasca Perang Dunia Pertama telah dimanfaatkan sebaiknya oleh gerakan Zionisme untuk mencerobohi dan menduduki Palestin secara haram.
selanjutnya:
http://villailhami.blogspot.com
terima kasih