Tiga tanda orang berhasad dengki
LUQMAN Al-Hakim ada memberi nasihat panjang Luqman anaknya yang
diriwayatkan oleh Al-Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury. Antara
kata-kata hikmahnya adalah :-
"Hai anakku! Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di
sisi penjaganya. Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara
kambing biri-biri dan serigala. Begitu jugalah tidak ada
persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.
"Hai anakku! Jadilah engkau hamba kepad...
Tiga tanda orang berhasad dengki
LUQMAN Al-Hakim ada memberi nasihat panjang Luqman anaknya yang
diriwayatkan oleh Al-Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury. Antara
kata-kata hikmahnya adalah :-
"Hai anakku! Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di
sisi penjaganya. Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara
kambing biri-biri dan serigala. Begitu jugalah tidak ada
persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.
"Hai anakku! Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan
janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.
"Hai anakku! Jadilah engkau orang kaya, nescaya engkau menjadi
orang
yang dipercayai.
"Hai anakku! Janganlah engkau meminta sesuatu perkara itu dari
belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan. Hal ini kerana
yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal
fikiranmu.
"Hai anakku! Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit, engkau
akan
peroleh faedah yang banyak.
"Hai anakku! Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah
engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya, nescaya engkau akan
rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.
"Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros. Juga
janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah
memberinya dengan boros.
"Hai anakku! Lazimilah dirimu dengan hikmah, nescaya engkau akan
memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama
Allah."
Luqman berkata lagi: "Hai anakku! Ada tiga tanda bagi orang yang
berhasad dengki itu. Dia akan mengumpat sahabatnya apabila dia
tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan
musibah yang menimpa sahabatnya."
Beliau juga berpesan: "Hai anakku! Barang siapa yang memikul
sesuatu
yang dia tidak terdaya, akan menjadi lemah dan barang siapa yang
berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa. Dan barang siapa
yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan
menjadi hina."
Seterusnya, katanya: "Hai anakku! Janganlah engkau bergaul dengan
orang yang bodoh. Walaupun dia memiliki rupa yang indah, namun dia
seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.
"Hai anakku! Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana
sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya).
Pemandangannya mengagumanmu sedangkan kesannya amatlah buruk."
Dalam kitab Bahjatul Majalis, Luqman berkata kepada anaknya:
"Hai anakku! Merendah dirilah engkau dengan kebenaran, nescaya
engkau menjadi manusia yang paling berakal.
"Hai anakku! Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia
akan
dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya, dia telah berdosa.
Maka, berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan
janganlah engkau peduli orang yang marah.
"Hai anakku! Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang
bijaksana
serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap. Juga
janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah
engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.