Mengaji Sesaat: Cara bercakap cerminkan keperibadi
Mengaji Sesaat: Cara bercakap cerminkan keperibadian manusia
RASULULLAH s.a.w. bersabda, maksudnya:"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Dan aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di dalam syurga bagi orang yang mempunyai budi pekerti yang baik." (Hadis riwayat...
Mengaji Sesaat: Cara bercakap cerminkan keperibadian manusia
RASULULLAH s.a.w. bersabda, maksudnya:"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Dan aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di dalam syurga bagi orang yang mempunyai budi pekerti yang baik." (Hadis riwayat Imam Abu Daud).
Kata orang 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana'.
Ungkapan ini menggambarkan betapa beratnya angkara lidah dan antara angkara lidah ialah perdebatan.
Hadis sahih yang termaktub dalam Sunan Abi Daud menerangkan bahawa tiada untungnya bagi seseorang yang suka berdebat.
Rasulullah juga memberikan jaminan sebuah rumah di tengah-tengah syurga kepada orang yang meninggalkan pembohongan walaupun sekadar bergurau.
Ini kerana pertama, jika seseorang itu sudah bercakap bohong, seseorang itu boleh melakukan perkara yang lebih dahsyat lagi, seperti kata bidalan 'siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri'.
Kedua, banyak fitnah berlaku hasil daripada senda gurauan.
Daripada riwayat Imam Ar-rafiei, Rasulullah bersabda, yang bermaksud : "Fitnah itu berada dalam keadaan tidur, Allah melaknat sesiapa yang membangkitkannya."
Justeru, lidah adalah di antara amanah Allah yang paling sukar dijaga walaupun dalam menyampaikan kebenaran dan ilmu. Ini kerana penyampaian yang terlalu ilmiah dan tidak dapat difahami, bukan saja boleh menimbulkan pelbagai kekeliruan, malah mengubah sosio budaya dan pengamalan masyarakat.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu berbicara dengan sesuatu perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran sesuatu kaum kerana nescaya ia akan menimbulkan fitnah semata-mata." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Dalam banyak keadaan, tidak berkata-kata adalah lebih selamat. Sabda Rasulullah, yang bermaksud : "Sesiapa yang diam dia akan selamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Berbicara mestilah timbul daripada keikhlasan hati yang ditimbang oleh kewarasan akal sebelum melafazkannya. Setiap butir perkataan adalah tanggungjawab yang akan disoal pada akhirat kelak.
Kerana itu Rasulullah menjelaskan, maksudnya : "Bukanlah daripada akhlak seorang mukmin sekiranya dia bercakap tidak seperti kandungan hatinya, ingatlah bahawa tenang dan hati-hati itu daripada Allah, sedangkan tergesa-gesa dan terburu-buru itu daripada syaitan."
Kita begitu dukacita sejak kebelakangan ini ada umat yang kadang-kadang sanggup menjual maruah diri dengan memuji orang lain menggunakan kata-kata yang manis semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, sedangkan kata-katanya itu bohong semata-mata.
Walau majikannya berucap menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh hadirin, individu ini tetap memuji majikannya dengan mengatakan ucapan itu cukup bagus, memberangsangkan atau tiada tandingannya. Maka, hanyutlah si majikan itu dibuai mimpi indah, yang mendapat untung dan faedah ialah yang pembodek yang tidak bermaruah itu.
Daripada Saidina Abu Hurairah, diriwayatkan bahawa : 'Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.' (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).
Kesimpulannya, umat Islam harus mengambil ingatan bahawa tanda-tanda keteguhan iman lahirnya daripada kata-kata yang teguh. Ini sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : "Tidak akan teguh iman seseorang sebelum hatinya menjadi teguh, dan tidak teguh hati seseorang sebelum kata-katanya menjadi teguh." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Ada benarnya juga kata orang tua kita 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa'.
<WALLAHU A'LAM>
sabar itu iman..duit bukan kawan..dunia hanya pinjaman..mati tak berteman..
Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu."
(Muslim)
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
mmg betul cara bercakap melambangkan personaliti...ada masa lbh baik diam dr bercakap...utk mengelakkan masalah yg lebih besar...tp kita ni manusia biasa ada masa nak jugakkan pertahankn pendapat sendiri....kene plak lawan yg sama hebat...masa tu mmg bertemu buku dgn ruas...mcmana pun kenela berfikir dgn bijak dan waras sebelum berkata2...
HIDUP KENE BERANI, MALU BIAR BERTEMPAT, SELAGI ADA USAHA PASTI ADA HASILNYA....INGAT ALLAH SENTIASA :-)
(Muslim)
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.