Terdapat 3 berita menarik hari ini:
- Khalid Jafri Diminta Bayar Anwar RM4.5 Juta Dalam Saman Fitnah
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaman Khalid Jafri, penulis buku "50 Dalil", diberi ganti rugi berjumlah RM4.5 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari Khamis.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata dalam menilai gantirugi itu mahkamah mengambil kira yang dakwaan dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" ...
Terdapat 3 berita menarik hari ini:
- Khalid Jafri Diminta Bayar Anwar RM4.5 Juta Dalam Saman Fitnah
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaman Khalid Jafri, penulis buku "50 Dalil", diberi ganti rugi berjumlah RM4.5 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari Khamis.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata dalam menilai gantirugi itu mahkamah mengambil kira yang dakwaan dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" bukan sahaja banyak, tetapi juga sangat berniat jahat terhadap seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan politik seperti Anwar.
- Saya Tak Ganggu Kerajaan, Kata Dr Mahathir
Oleh Jackson Sawatan
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau "masih mempengaruhi" pentadbiran sekarang tetapi berkata beliau perlu tampil membuat kenyataan apabila dikaitkan dengan sesuatu isu.
"Saya seorang pesara," katanya dalam satu wawancara dalam program One On One menerusi Channel NewsAsia (CNA) yang disiarkan Rabu malam.
- HUKM Perkenal Rawatan Untuk Atasi Dengkur
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Walaupun tidak ada data mengenai masalah dengkur di negara ini, mendengkur boleh menyebabkan teman sekatil menderita dan ada masanya ia memalukan jika selebriti dan orang kenamaan mendengur di hadapan khalayak ramai.
Fenomena yang berlaku di semua peringkat umur, di kalangan lelaki dan wanita, kini boleh diatasi menerusi teknik baru yang dikenali sebagai "pillar procedure" atau prosedur pilar.
berita lanjut http://villailhami.blogspot.com