Saja nak berkongsi info. Moga bermanfaat pada yang tak sempat baca HM.
KUALA LUMPUR: Jerebu teruk seperti yang berlaku sekarang boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang (ginjal) dan hati untuk jangka panjang.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, berkata jangkitan itu boleh berlaku dalam tempoh lima tahun, bergantung kepada kekuatan antibodi individu.
“Ini antara kemungkinan yang boleh b...
Assalamualaikum Warga MM
Saja nak berkongsi info. Moga bermanfaat pada yang tak sempat baca HM.
KUALA LUMPUR: Jerebu teruk seperti yang berlaku sekarang boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang (ginjal) dan hati untuk jangka panjang.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, berkata jangkitan itu boleh berlaku dalam tempoh lima tahun, bergantung kepada kekuatan antibodi individu.
“Ini antara kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan. Ini kerana, terdapat banyak bahan terampai dalam udara seperti magnisium, karbon monoksida dan sulfur.
“Untuk jangka pendek, ia boleh mengakibatkan radang kulit dan menerusi pernafasan boleh menyebabkan radang paru-paru. Tetapi dalam jangka panjang, penyakit buah pinggang dan hati boleh berlaku akibat jerebu teruk.
“Saya khuatir ia benar-benar berlaku jika Kementerian Kesihatan tidak mengambil tindakan agresif memberi kesedaran kepada masyarakat. Seelok-eloknya, adakan ceramah di sekolah atau tempat awam supaya orang ramai memperoleh maklumat berguna untuk menangani jerebu.
“Bagi saya, jerebu ini sudah tahap darurat dan berlaku sejak lima tahun lalu. Kalau tidak ambil tindakan proaktif daripada sekarang, penyakit terbabit boleh dialami orang ramai terutama menerusi mendapan daripada makanan yang kita makan, jika mempunyai bahan seperti magnasium, sulfur dan karbon monoksida,†kata Dr Maamor ketika ditemui di kliniknya di Taman Tasik Tambahan, dekat sini, semalam.
Bagaimanapun, Dr Maamor berkata, setakat ini penyakit yang melanda orang ramai tidak membimbangkan dan lebih kepada masalah biasa.
“Berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan doktor yang lain, kebanyakan yang datang ke klinik mengadu sakit biasa seperti batuk, selesema, gatal, sakit mata dan letih seluruh badan akibat pengedaran oksigen yang tidak sempurna.
“Tetapi kita kena bertindak segera dan menangani masalah ini dari awal supaya kemungkinan yang boleh berlaku akibat jerebu boleh diminimumkan pada masa depan,†katanya.
Dr Maamor berkata, orang ramai boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan tidak terjejas akibat jerebu.
“Antara yang boleh dilakukan ialah pastikan makanan seimbang dan tingkatkan pengambilan air dan sayur, rehat secukupnya, pastikan makanan bersih dan segar, pastikan air mandi dan minuman tidak terdedah kepada udara dalam tempoh lama, kurangkan aktiviti luar, pakai topeng bersesuaian, tidak merokok dan mendapat khidmat doktor,†katanya.
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Jiwa Tanpa Amal, Gersang Hati Tanpa Iman.
That is because Allah has sent down the Book in truth. And verily, those who disputed as regards the Book are far away in opposition.
2:176
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.