Ima
Ima
20 years
1400 views

Konfius

Sbnrnya... pe beza antara sahabat, kawan, & teman. kalo dlm BI kta paggil friend jer..
6 comments
Share this post

Comments (6)
ajay
...

pawana,saya rasa awak lah kan mat saleh yg tersalah jalan kat malaysia kot....

hehe jgn marah just nak perli aje....hehe....

maaf....

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
20 years
Mami Ros
Beza dia....antara sahabat, kawan dan teman...

Kawan ...adalah kenalan yang kita kenal sebagai satu kebetulan, mencari identiti diri dan bermesra berkenalan dan mencari keserasian untuk dibuat sahabat.

teman hanyalah haadir seketika bila kita dipertemukan di satu satu majlis.....selepas itu dia berhenti disitu....jarang sekali rapat sebagai kawan atau sahabat..

Sahabat, tak siapa dapat menghuraikannya melainkan teman atau kawan yang rapat dengannya bagai isi dan kuku, mengharungi suka duka bersama, menyimpan rahsia bersama, susah senang bersama, bagai menangis bersama...

sahabat sanggup berkorban segalanya, jiwa dan raga.... tanpa ada prasangka dan prejudis......

mampukah kita menjadi sahabat ...sebaik sahabat sahabat Rasulullah saw.....

fikirkan laaa....



" Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....
20 years
Imam Nur
My uncle asked Allah's Apostle about a person who imagined to have passed wind during the prayer. Allah's Apostle replied: "He should not leave his prayers unless he hears sound or smells something."

Abbas bin Tamim - Sahih Al-Bukhari 1.139

No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
20 years
Zana.
tulaha sahabat...

topik ni dah banyak kali dibahaskan...

tapi mungkin x ada time tu..

tak mengapalah...

"Menuntut ilmu adalah taqwa.. menyampaikan ilmu adalah ibadah.. mengulang ngulang ilmu adalah dzikir.. mencari ilmu adalah jihad. - Al-Ghazali"

Walahua'alam



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
yleadh
errr dah banyak kali rasanya muncul ni

sahabat tu kalu kita sakit, dia pun akan rasa sakit gak, kalau kita sedih dia akan menangis gak.. kawan? ada gitu?

"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
Zana.
Seringkali kita tertanya-tanya

emm..

Seringkali kita tertanya-tanya, apa beza sahabat, teman, kawan, rakan, taulan. bezanya hanya dapat diselami dengan mata hati.. A friend in need is a friend indeed!!

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri...Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana memepunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

kita juga pernah membiarka dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita , segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setipa kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita... Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat & kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerluka seorang sahabat...

Sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu.. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenatnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan... Kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...

~hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya~

~orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat baik, dan orang yg menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik~

~truth:

"when a particular guys flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. so if you treat a girl just as afriend, go easy on the smiles and stare 'okie?"

~aku, dia, & seseorang~



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.