Wanita sebagai ibu Menggoncang keImanan dan ketahanan Jerih perit melahirkan Bertarung antara dua perjuangan Sama ada syahid atau melahirkan Kasihmu tiada tandingan
Belaianmu mengasyikkan Sentuhanmu mendamaikan Nilai keibuanmu tiada terbilang Tiada tara menjadi saingan Wanita sebagai isteri Menjadi dian penawar hati suami Meronda hidup dalam kesederhanaan Mengalun cinta dan harapan Menganyam kesetiaan dan ketaatan Lembut ayu wajahmu Menjadi penenang di kala kegelapan Dalam kesamaran dan keri...
Wanita sebagai ibu Menggoncang keImanan dan ketahanan Jerih perit melahirkan Bertarung antara dua perjuangan Sama ada syahid atau melahirkan Kasihmu tiada tandingan
Belaianmu mengasyikkan Sentuhanmu mendamaikan Nilai keibuanmu tiada terbilang Tiada tara menjadi saingan Wanita sebagai isteri Menjadi dian penawar hati suami Meronda hidup dalam kesederhanaan Mengalun cinta dan harapan Menganyam kesetiaan dan ketaatan Lembut ayu wajahmu Menjadi penenang di kala kegelapan Dalam kesamaran dan keriangan Kau mampu menjernihkan Menjadi lambang cinta yang tersimpan Disekulumuti hati isteri yang solehah Wanita sebagai serikandi Menjadi sayap kiri perjuangan Biarpun seribu halangan Dadanya sarat dengan jihad Semangatnya umpama api yang membakar Bahangmu menyemarakkan jiwa pejuang Dialah ibu Mithali Dialah isteri yang solehah Dialah syuhada' di akhir zaman Bakal melahirkan mujahid dan mujahidah Agar tegaknya syiar Allah Biar bumi ini berlumuran darah mereka Buat meneguk kehausan tanah yang kontang Warisan titisan darah sahabah dan Anbiya'
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
Airmatamu:-)
Namamu :-)
Inayahmu :-)
Tertibmu :-)
Akhlakmu :-)
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.